Sunday, November 06, 2011

perginya seorang nenek ;'(

Assalamualaikum :)

Al Fatihah untuk arwah nenek tercinta , Allahyarhamah Hajjah Rakna bt Ismail telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa , 1 November 2011 . walaupun aku tak selalu balik Terengganu , setahun 2 kali je balik Terengganu beraya dengan arwah , tapi , aku sangat terasa kehilangan atok tercinta . aku tak sangka , begitu cepat arwah pergi . 2 minggu sebelum tu sepupu aku meninggal , arwah seperti tak bermaya . mungkin terasa akan kehilangan cucu . arwah seorang nenek yang sangat tabah . aku tak sempat jumpa arwah datuk dari kecik . arwah datuk meninggal sebelum aku dilahirkan lagi . tapi arwah nenek sangat kuat untuk membesarkan anak-anak dia .

macam-macam benda pelik jadi sebelum arwah tenat . arwah dah tak ingat macam mana nak solat . taktau nak baca apa . arwah nak solat dalam bilik air . bila makcik tegur , arwah marah . sampai pakcik kena bawak arwah duduk kat tempat nak solat tu , ambik wudhuk dekat situ , baru lah arwah ingat macam mana cara nak solat .

aku kagum dengan arwah nenek . masa arwah tenat , arwah ingat semua cucu-cucu dia . pakcik aku cerita , petang Isnin , 31 Oktober , arwah sempat sebut nama aku , nama abang-abang aku , nama sepupu aku . katanya , Fatin , Ali tak balik ke? sebak . sebak bila aku sampai Terengganu malam Isnin tu , atok dah tak boleh berkata-kata . Allah dah tarik satu nikmat yang Dia bagi dekat arwah . atok , Fatin balik ni atok . aku duduk tepi arwah , pegang tangannya , pegang kaki dia , aku urut arwah . Ya Allah , tak sanggup aku tengok arwah tercungap-cungap seperti sesak nafas . air mata mengalir .

malam Isnin tu , doktor kata , takde pape sebab nadi semua berdenyut dengan baik . tapi doktor kata , bawak lah pegi hospital , boleh jugak masuk air untuk bagi arwah tenaga . malam tu , kami bawak arwah pegi hospital jam 12 macam tu . jam 5 pagi baru boleh masuk wad . sebelum balik , aku masuk wad tengok arwah . sebak . darah penuh atas cadar . sebabnya , masa doktor ambik darah , darah banyak memancut keluar . doktor ambik darah kat leher , sebab kat tangan dah tak boleh ambik darah dah . hmmm sakitnya hati aku bila cadar yang penuh dengan darah tu , nurse langsung tak ambik peduli . tak salin langsung cadar tu . nurse , kalau taknak buat , bagi aku je buat , aku tak sanggup tengok atok macam ni . tapi itu semua aku kata dalam hati .

kami pun balik rumah , pakcik yang jaga arwah malam tu . esok paginya , pukul 9 macam tu , kami siap-siap nak pergi tengok arwah dekat hospital . tapi panggilan yang kami dapat dari makcik , buat aku terpinga . makcik cakap : datanglah hospital cepat , atok takde dah . luluh rasa hati . diam seribu kata dalam kereta . airmata je berlinang . sampai hospital terus berlari ke wad . atok dah takde :'(

arwah , berhasrat nak korban hari ni , 6 november hari raya aidiladha . arwah , teringin nak jumpa cucu dia yang dah 6/7 tahun tak berjumpa . tapi semua tu , tak berkesempatan . Allah lebih sayangkan dia . kami redha pemergian atok . walaupun tak puas lagi untuk aku bermanja dengan arwah . tak puas lagi untuk aku menagih kasih seorang nenek .

aku rindukan arwah . rindu , setiap kali kami sampai je terengganu , arwah lah yang paling kalut sekali . nak buat air , nak buat itu , nak buat ini , riuh satu rumah dengar suara arwah walaupun time tu dah pukul 3 4 pagi sekalipun , arwah tetap nak bagi keselesaan dekat anak , cucu dia . tapi setiap kali kami nak balik perak , arwah mesti cakap : sunyilah rumah atok , Fatin Ali nak balik dahh . sedih jugak dengar tapi kami cakap , alaa atok , nanti kami balik lagi :) .

atok , kami balik terengganu nak jumpa atok . tapi lepas ni macam mana ? atok dah takde nak sambut kami dengan keriuhan atok . kami dah tak dapat nak rasa kuah singgang atok yang superb tu . kami dah tak dapat rasa tapai atok yang sangat sedap tu . atok dah takde nak bubuh inai kat jari kami . atok dah takde nak masakkan ayam kampung untuk kami . atok dah takde nak buat kopi untuk kami setibanya kami ke kampung . atok dah takde nak hamparkan tilam untuk kami tidur . atok dah takde untuk cakap : besar dah Fatin ni . atok dah takde nak buat semua tu :( tapi Fatin tau , atok tengok Fatin sekarang kan ? kami sayangkan atok .



Al Fatihah