Sunday, November 06, 2011

perginya seorang nenek ;'(

Assalamualaikum :)

Al Fatihah untuk arwah nenek tercinta , Allahyarhamah Hajjah Rakna bt Ismail telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa , 1 November 2011 . walaupun aku tak selalu balik Terengganu , setahun 2 kali je balik Terengganu beraya dengan arwah , tapi , aku sangat terasa kehilangan atok tercinta . aku tak sangka , begitu cepat arwah pergi . 2 minggu sebelum tu sepupu aku meninggal , arwah seperti tak bermaya . mungkin terasa akan kehilangan cucu . arwah seorang nenek yang sangat tabah . aku tak sempat jumpa arwah datuk dari kecik . arwah datuk meninggal sebelum aku dilahirkan lagi . tapi arwah nenek sangat kuat untuk membesarkan anak-anak dia .

macam-macam benda pelik jadi sebelum arwah tenat . arwah dah tak ingat macam mana nak solat . taktau nak baca apa . arwah nak solat dalam bilik air . bila makcik tegur , arwah marah . sampai pakcik kena bawak arwah duduk kat tempat nak solat tu , ambik wudhuk dekat situ , baru lah arwah ingat macam mana cara nak solat .

aku kagum dengan arwah nenek . masa arwah tenat , arwah ingat semua cucu-cucu dia . pakcik aku cerita , petang Isnin , 31 Oktober , arwah sempat sebut nama aku , nama abang-abang aku , nama sepupu aku . katanya , Fatin , Ali tak balik ke? sebak . sebak bila aku sampai Terengganu malam Isnin tu , atok dah tak boleh berkata-kata . Allah dah tarik satu nikmat yang Dia bagi dekat arwah . atok , Fatin balik ni atok . aku duduk tepi arwah , pegang tangannya , pegang kaki dia , aku urut arwah . Ya Allah , tak sanggup aku tengok arwah tercungap-cungap seperti sesak nafas . air mata mengalir .

malam Isnin tu , doktor kata , takde pape sebab nadi semua berdenyut dengan baik . tapi doktor kata , bawak lah pegi hospital , boleh jugak masuk air untuk bagi arwah tenaga . malam tu , kami bawak arwah pegi hospital jam 12 macam tu . jam 5 pagi baru boleh masuk wad . sebelum balik , aku masuk wad tengok arwah . sebak . darah penuh atas cadar . sebabnya , masa doktor ambik darah , darah banyak memancut keluar . doktor ambik darah kat leher , sebab kat tangan dah tak boleh ambik darah dah . hmmm sakitnya hati aku bila cadar yang penuh dengan darah tu , nurse langsung tak ambik peduli . tak salin langsung cadar tu . nurse , kalau taknak buat , bagi aku je buat , aku tak sanggup tengok atok macam ni . tapi itu semua aku kata dalam hati .

kami pun balik rumah , pakcik yang jaga arwah malam tu . esok paginya , pukul 9 macam tu , kami siap-siap nak pergi tengok arwah dekat hospital . tapi panggilan yang kami dapat dari makcik , buat aku terpinga . makcik cakap : datanglah hospital cepat , atok takde dah . luluh rasa hati . diam seribu kata dalam kereta . airmata je berlinang . sampai hospital terus berlari ke wad . atok dah takde :'(

arwah , berhasrat nak korban hari ni , 6 november hari raya aidiladha . arwah , teringin nak jumpa cucu dia yang dah 6/7 tahun tak berjumpa . tapi semua tu , tak berkesempatan . Allah lebih sayangkan dia . kami redha pemergian atok . walaupun tak puas lagi untuk aku bermanja dengan arwah . tak puas lagi untuk aku menagih kasih seorang nenek .

aku rindukan arwah . rindu , setiap kali kami sampai je terengganu , arwah lah yang paling kalut sekali . nak buat air , nak buat itu , nak buat ini , riuh satu rumah dengar suara arwah walaupun time tu dah pukul 3 4 pagi sekalipun , arwah tetap nak bagi keselesaan dekat anak , cucu dia . tapi setiap kali kami nak balik perak , arwah mesti cakap : sunyilah rumah atok , Fatin Ali nak balik dahh . sedih jugak dengar tapi kami cakap , alaa atok , nanti kami balik lagi :) .

atok , kami balik terengganu nak jumpa atok . tapi lepas ni macam mana ? atok dah takde nak sambut kami dengan keriuhan atok . kami dah tak dapat nak rasa kuah singgang atok yang superb tu . kami dah tak dapat rasa tapai atok yang sangat sedap tu . atok dah takde nak bubuh inai kat jari kami . atok dah takde nak masakkan ayam kampung untuk kami . atok dah takde nak buat kopi untuk kami setibanya kami ke kampung . atok dah takde nak hamparkan tilam untuk kami tidur . atok dah takde untuk cakap : besar dah Fatin ni . atok dah takde nak buat semua tu :( tapi Fatin tau , atok tengok Fatin sekarang kan ? kami sayangkan atok .



Al Fatihah

Monday, October 31, 2011

Wednesday, October 19, 2011

Jangan buat saya jatuh hati

Assalamualaikum . Hey Ho hai ;)


alahai baru balik dari Terengganu . penat gila . tak pernah seumur hidup , hari ni balik Terengganu , esoknya balik Penang pulak . kerja gila ? eh takdelah , kami boleh je buat . 9 jam -.- pening kepala semua ada . lagi-lagi bila balik ikut Cameron Highlands . first and last lah balik ikut situ . jalan dia scary gila -.- kabus tebal tak nampak jalan . ya Allah macam-macam aku fikir . huhu -.- alhamdulillah selamat sampai :) oh hari ni , errr pasal cinta lagi ? -.-


wanita punya satu cinta
janganlah kamu mensia-siakannya
janganlah kamu sakitkan hati wanita
kerana wanita itu lemah, berbanding kamu
jangan biarkan wanita mengalirkan airmata kerana kamu
kerana wanita ada satu cinta


namun ia tidak bermakna wanita harus kalah pada perasaan :)












SUMBER ASAL

Monday, October 17, 2011

Are You In Love ?

Assalamualaikum . Hey Ho Hai :)

macam mana nak mula ye ? well , aku gerenti lah semua orang pernah fall in love kan ? *jadah ape speaking sekerat2 -.-* bahasa melayu nye , jatuh cinta . auww sweet sangat la pulak bunyi nya . hahahaha okay takde orang gelak . dem dem -.-



pernah tak korang rasa TERjatuh hati kat someone yang selama ni korang just anggap dia macam kawan ? sebab korang selesa dengan dia . even kalau korang jatuh tersepak batu pun first thing yang korang fikir , nak kena bagitau dekat abu ni aku jatuh -.- . semua benda yang korang buat semua bagitau kat dia walaupun dia tu takde kena mengena ngan korang , bukan bf / gf korang . kawan je pun . kawan rapat maybe ? tapi dekat kawan rapat yang sama jantina dengan korang pun korang tak cerita pulak semua jadah ni . blablabla -.-

maybe korang rasa benda tu normal . but actually , he is part of your life indeed .

" Boys, if you like her, if she makes you happy, and if you feel like you know her, dont let her go " ~Nicholas Sparks


situasi 1
  • korang kenal two persons at the same time . memule korang memang fikir nak kawan je lah kan , let say korang baru lagi dekat tempat tu tak kisah la tempat keje or tempat belajar . A and B buat korang happy . tapi si B lebih banyak buat korang ketawa terbahak-bahak . bile korang dengan si A , even though si A buat korang ketawa jugak tapi jauh dalam lubuk hati , korang harap kan bagus kalau si A ni macam si B ? yes at this moment , sedarlah bahawa hati korang dah terpikat dekat si B :)
situasi 2
  • that someone nak pegi holiday dengan family dia . korang ni jenis , errr caring maybe ? nak tahu lah dia dah sampai ke belum , dah ade kat mana , seronok ke dia travel ? that someone tu pulak dah cakap yang dia akan call / text korang kalau dia dah sampai but tup tup , one single message bagitau dah sampai pun takde . tapi yang korang ni dah desperate gilaaa kot tunggu call dari dia . phone tak lepas dari tangan , masuk toilet pun bawak phone hoping for his call . yes at this moment , sedarlah bahawa hati korang dah suka dekat someone yang korang kata "kawan" ni :)
situasi 3
  • korang selalu message dia . tapi lately , message pun dah jarang-jarang . call pun kadang-kadang . and for sure lah korang tertunggu-tunggu lah message si dia ni . suddenly bila phone korang bunyi je "alamakk ade message pulakk" , 1 new message , berdebar-debar lah nak tengok dengan harapan nama dia tertera dekat situ but actually , jiran sebelah rumah yang message ajak keluar and korang terus "hmmmmm" . yes at this moment , sedarlah bahawa korang dah tersuka dekat dia :)
situasi 4
  • korang kan selalu message dia dulu , and for sure lah message dia belambak-lambak dalam phone korang . sekarang ? message pun dah jarang . so korang sayang gilaa kot nak erase semua message yang dia hantar tu so that korang boleh baca balik bila korang rasa rindu ke, bosan ke kan . korang nak delete , tapi korang tak tawu kenape jari korang tak boleh nak mark all then delete semua message dia , sayang . hihi yes you are in love :)
situasi 5
  • korang selalu cakap , dia tu kawan je . kawan kawan kawan je . but you can't avoid that "hurt feelings" bile korang tawu die dengan orang lain . korang boleh cakap kite kawan je tapi dalam hati tu cemburu nak gile bole tak . tak sanggup ah tengok die dengan orang lain . haaa you are in love :)
situasi 6
  • while you reading this post , there's someone in your mind . well , you are in love with that someone :P HAHA!


"they say that if you love someone , you should let them go , did they say what to do when they don’t come back ?" well , if they don't come back , its means that we deserve better . but if you love them , why should you let them go ? tell them and hold them in your arms forever .

Friday, October 14, 2011

Tido lewat malam lagi ):

Assalamualaikum . Hey Ho Hai ;)

seperti yang anda tahu , sekarang saya sedang menikmati cuti semester yang mengambil masa selama 1 bulan 2 minggu . kira-kira seminggu sudah berlalu . okayy terasa sangatlah lama -.- tapi nanti bila dah nak habis cuti baru tergedik-gedik kata "alaaa nak cuti lagi nak cuti lagi . tak puas laaa duk umahh" *okay itu sangat gedik :D* dan selama seminggu ini juga lah , kitaran masa tidur saya telah berubah . sama juga masa break yang ada time final dulu , 2 minggu break sebelum exam seterusnya , saya menghabiskan masa siang dengan tido , malam dengan bermain game chuzzle bersama rakan serumah . -okay kejap , kenapa aku guna bahasa baku?- okay abaikan .


sekarang , setiap hari saya akan tidur pada pukul 7 pagi atau 8 pagi atau 9 pagi dan akan bangun dikala matahari sudah berada tegak atas kepala , dikala bahang kepanasan mengalahkan dua kipas yang berpusing , kadang-kadang , matahari sudah tidak kelihatan lagi di langit *bhahah jarang sekali terjadi okay* , dikala kain yang dijemur oleh mama pagi tadi telah kering dan hanya menunggu masa untuk saya angkat serta melipatnya . maka setiap kali bangun tidur , saya selalu pening-pening kepala kerana tidur macam orang gila . saya selalu memasang azam untuk tidur awal keesokan harinya tetapi azam saya tidak pernah tertunai . saya tetap mengulangi ruotnie ruotine err macam mana nak eja ni? erm bahasa melayu , rutin harian saya sehinggalah jerawat-jewarat <-typo plak* yang besar-besar tiba-tiba tumbuh dengan tidak semena-mena di muka saya yang comel ini -haa nampak tak kata ganda? hihi-

seorang kawan saya ada bercerita , semasa dia tinggal di kawasan perumahan saya , dia sering diganggu oleh makhluk ghaib , err h-a-n-t-u lah senang celite . sepatutnya saya tidak menulis apa-apa tentang perkara ini kerana orang cakap , kalau kita mengingati tentang h-a-n-t-u , nanti dia benar-benar muncul di hadapan kita . *izinkan saya ketawa seketika* pernahkah anda merasai perasaan yang sama seperti saya ? di tengah-tengah malam yang sunyi , dikala dengkuran mama dan abah saling berlawan sehingga boleh didengari sehingga ke luar rumah , anda kesunyian dan memikirkan kenapa anda masih tidak mempunyai teman lelaki *er abaikan- dan dengan tiba-tiba , telefon bimbit anda berbunyi . dalam hati berkata , ehh maybe scandal I call tuuu . anda pun terus angkat call tersebut tanpa melihat siapa . (yela , You sorang je yang selalu call I malam-malam macamni. I know it's You ! hihihi)


lelaki : aku dah suruh abang masukkan ayam dalam peti sejuk
aku : *terdiamm* hah?
lelaki : esok datang rumah terus ambik je ayam tu terus masak . puan ada tetamu . masak la ape yang kamu rasa sesuai untuk makan tengahari .
aku : *diam je , niat hati nak melayan, lalu aku pun* okayy okayy
lelaki : aku rasa kamu buat masak lemak lah
aku : hah okay okay
lelaki : kalau masak lemak kena letak ape lagi ? aku rasa aku belum beli bahan-bahan lagi . nanti susah pula kamu nak masak
aku : arr yang pastinya letak ayam . *aku tak tahan nak gelak time ni*
lelaki : loya buruk pula kamu . perlu letak santan kan ? bawang , serai
aku : *senyapp*
lelaki : perlu letak serai jugak kan , asam keping juga kan ?
aku : *senyappppp*
lelaki : kenapa kamu senyap ? erm kamu ni betul ke kartini ?
aku : maaf pakcik , pakcik salah number la .

lalu lelaki itu terus letak phone . agak-agaknye ape laa yang pakcik tu fikir kan ? bhahahahah !

Tuesday, September 13, 2011

awak , boleh saya bertanya ?

Kini aku selalu minta untuk punya hati yang seperti dahulu : hati yang keras seperti batu . hati yang tidak punya apa-apa perasaan . hati yang buta untuk menilai kasih sayang . bukan hasratku untuk bermain kata puisi apatah lagi bermain kata cinta . tetapi aku rindu kasih yang pernah bersemadi di dalam hati aku . hati aku yang duka pilu ini sering mengenang nostalgia lama walaupun hanya seketika terbenam di dalam benaknya . aku tidak bohong , kamu perlu tahu tentang hibanya hati aku kini . jujur aku rindu kamu . tiada apa yang dapat menyangkal perasaanku .




awak , boleh saya bertanya ?
Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum ? Tiadakah sekelumit rasa sayang kamu terhadap aku yang dahulunya sering kau ungkapkan ? Apakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku ? Tidak pernah terlintas sedikit pun ? Apakah kamu tidak pernah tersebut nama ku , terbayang akan senyuman yang selalu aku beri kepadamu , terasa kasih sayang yang berada di jalan hari-harimu ? Tiadakah rasa bersalah kamu terhadap aku setelah kamu taburkan segala janji dan kata-kata manismu ? Adakah ini sebenarnya cara seorang lelaki ?

awak , saya ingin bertanya lagi ...
Adakah kamu gembira sekarang ? Bahagiakah kamu ? Tawakah kamu di dunia tanpa aku yang selalu disisimu dahulu ? Adakah kamu telah jumpa selaut bahagia yang kamu inginkan ? Sejuta impian yang kamu impikan ? Sejuta ketenangan yang kamu dambakan ? Tidak pernahkah kamu terfikir , apa yang aku rasakan ? Tidak pernahkah kamu terfikir tentang apa yang telah aku korbankan untuk kamu ?

awak , boleh saya bercerita ?
Sejujurnya , aku rindu kamu . aku selalu melihat kamu . terlintas di fikiranku , alangkah bahagianya andai aku dapat mengundurkan masa . aku rindukan kita yang dulu . kita yang bahagia . ada tikanya kamu berlalu melintasiku , aku terhidu bauan minyak wangimu yang sering kamu pakai , aku berhenti lama sambil menghidu bau itu di bawa angin . rindu sungguh aku padamu . rindu sungguh .

awak , saya ingin bercerita lagi ...
Aku ingin sentiasa berada dengan kamu , di kala tawamu , di kala rintihmu . walaupun aku tahu , kamu mungkin bukan milikku . aku selalu teringatkan kamu , kata-kata mu , semuanya .. tentang kamu . pergilah , dan jangan toleh lagi . aku rela walaupun aku luka di sini .

Sunday, July 10, 2011

Gathering Blogger Perak di Burmese Pool Taiping :)

Hey Ho Hai . Assalamualaikum :)

first of all , sedap gila ayam BBQ tadi . muahahaha . siap tapau bawak balik hostel lagi tau . makan depan lappy sambil online . ops , jangan jeles! :P

ini first gath BP yang aten berkesempatan JIN (join) . itu pun banyak gila halangan yang datang . walau badai yang menimpa , ku harungi demi keluarga Blogger Perak . eceeewahhh :P actually, aten tetap nak pegi jugak sebab tak penah join selama ni . yelah , kalau tak join rasa serba salah sebab Taiping tu gila punya dekat dengan Penang . nak pegi gath kali ni , aten dah buat satu kerja gila . pukul 11.30 malam sabtu bertolak dari UITM Permatang Pauh pegi Taiping . dengan perancangan yang gila punya last minute cari kawan suruh hantar gi Taiping . pukul 1.00 pagi sampai umah kak Noraliaa Farhana tersayang ! rasa macam mimpi =.=

aten tak bagitau sesape pun nak pegi Taiping kecuali Kak Al , Kak Tiqa dgn Irfaridzul and aten dah komplot dengan dorang suruh rahsiakan dari Abg Fadil . muahahaha , menjadi plan aten bila jumpa abg fadil pagi tu , dia cakap camni "babi, guwa kena kencing !" kahkahkah . sorry ah abg . aten saje nak buat suprise! suprise kan kan ? :P dah la bila aten cakap aten tak pegi , abg buat ayat touching kan? kahkahkah!

Gath BP kali ni meriah gila ! seronok sangat gelak ketawa ngan korang ! Blogger Perak memang best ! hehehe . main air terjunn , tengok orang jatuh dari batu sebab licin (aten pun termasuk sekali) blushingggggg! , makan ayamm , makan nasik gorengg , makan bihunnn , minum air sirap tembikaiii . ape lagi ? confirm yang tak pegi jeles tahap gaban lah kot . ekekeke dah la cakap banyak pun tak guna . jom tengok gambar :D gambar tak banyak lagi , aten just letak gambar yang dah diupload je la ek :)


Blogger Perak!


Guys :)


Girls :)


THE G ! :)


I LOVE BP !



itu je la kot . nanti korang tunggu la entri dari blogger-blogger lain pulak yee :) last but not least , aten happy sangat dapat jumpa korang ! korang memang happening . you all makes my day !




photo credit : abg Reezluv Reez

Friday, May 06, 2011

Alhamdulillah . UITM Permatang Pauh , here i come ! :D

Assalamualaikum Hey Ho Hai ! :)

mood : happy !



alahaiii permatang pauh , dekat je weh dengan rumah ! boleh balik selalu lah camni . boleh lepak dengan geng KBU ah camni . bhahahaha . Alhamdulillah ! bersyukur sangat dapat sambung IPTA . plus , aku dapat sama dengan CIKTEKATEKI beshfren kuh !! yeahhhh , kos sama , tempat pun sama , mintak-mintak la dapat bilik yang sama jugak . auwwwww :D pasni nak gaduh senang sikit . bhahahahahaha !

hampa (tetiba ckp penang) yang dapat sambung IPTA tu , hampa dapat kat mana? meh la kongsi ngan cek . :D

Sunday, April 24, 2011

Kesan minum air berAIS !

Assalamualaikum . hey ho hai ! :)

alritee . wa nak share kat korang , apa kesan kau orang minum air berais lepas makan . serious , memang sedap kalau lepas makan tu minum air berais kan . rase nyamannn je tekak kan . tapi kadang-kadang kita tak sedar apa yang masuk dalam mulut dan terus ke bahagian dalaman kita tu ada effect ke tidak . kau orang fikir sedappp je kan . same lah wa pun . hahaha

okey , benda ni memang sesuai di baca dan dibuat peringatan untuk semua orang yang suka minum air berais lepas makan , termasuk diri wa sendiri . memang syok pekena air berais lepas makan tambah-tambah lagi bila mak kau orang masak sambal udang pedas berdesik punya . haha! :p betul kan ?

AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin GEMUK dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. *patut la wa makin gemuk . damn =='

so , jalan terbaik ialah , minumlah air panas ! minum lah air panas selepas makan untuk mengelakkan serangan SAKIT JANTUNG ! kau orang patut tawu bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Ia juga bermula di bahagian atas dada anda. keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. so , jom sama-sama berwaspada dan berhati-hati . tak kisah la kau orang tua ke muda , serangan jantung boleh datang bila-bila masa je . well , lebih banyak kita tahu , lebih cerah peluang kita untuk terus hidup . insyaAllah . ok geng?



SOURCE --> TQ!

Thursday, April 14, 2011

Penggunaan Bedak Sejuk :)

Hey Ho Hai :)

ahaa korang pernah pakai bedak sejuk ? tahu ke apa kegunaan bedak sejuk tu ? korang jangan jadi macam aku , pakai je bedak sejuk tapi tak tau apa kelebihan dia .


*search bedak sejuk kat google , alih-alih keluar gambar ni . nasib la*


okayy . zaman sekarang ni ramai yang dah lupa akan penggunaan bedak sejuk . mereka lebih suka guna produk-produk kecantikan yang ada kat pasaran sekarang ni . termasuk lah , awak . kan? :P . mengaku je , aku pun pakai jugakk :P



apa kelebihan bedak sejuk ? okay meh sini rapat-rapat :D

  • Zaman dulu , pekebun sapu bedak sejuk dekat muka supaya muka dorang tak gelap dek dipanah cahaya matahari ketika berkebun :D
  • Bedak sejuk digunakan untuk mengelakkan muka dari ditumbuhi jerawat :D
  • Jika digunakan sebelum tidur pada waktu malam pulak , ia dapat mencerahkan kulit muka :D
  • Boleh juga digunakan untuk menghilangkan ruam-ruam di badan kanak-kanak . sapu bedak sejuk ditambah dengan garam dan air ditempat terkena ruam :D
  • Boleh juga digunakan untuk mereka yang terkena demam campak . ia dapat menghilang masalah tidur tak lena korang bila asyik tergaru sana tergaru sini :P
so apa lagi korang , yang pastinya korang nak muka korang licin halus mulus kan . pakai la bedak sejuk . bukannya mahal pun , rm3.50 je satu botol rasanya . aku pakai pun tak habis-habis lagi . dari bulan 1 kot tak silap .

tapi ingat ye korang , jangan terlalu taksub dengan bedak sejuk sampai pakai bedak sejuk waktu buat aktiviti seharian di bandar-bandar besar . nanti orang ingat terserempak hantu di siang hari :P


korang nak tengok hasil penggunaan bedak sejuk ?



OKBAI thanks baca :)

Sunday, April 10, 2011

Gathering Blogger Perak ? AtenAzhar tak jeles pun -.-

hey ho hai !!

arrghh . apehal aku pulak yang sibuk pasal gathering blogger perak tadi hah? aku tak pegi pun tapi apehal aku sibuk ? HAHA aku sibuk sebab aku jeles aku tak dapat join . dem =='

happening je aku tengok gambar-gambar time gath tu . jeles mak nyahh . takpelah , takde rezeki aku nak join gath kali ni . next time pasti ada lagi gath betul tak CIK ADMIN dan PAK ADMIN ? gath lepas ni aku nak join gak . i don't care . lalalala ~

dekat group BP sangat kecoh dengan gathering gathering gathering . naik nyampah aku nak online cenggini . hahaha :P

okey , aku nak culik satu gambar dari Reezluv


saya , Aten Azhar ingin membuat satu pengakuan . saya sangat jeles akan gathering BP pada 10 April 2011 . saya bertekad , jika ada lagi gathering lepas ni , saya mesti join kerana saya sangat teringin berjumpa dengan semua BLOGGER PERAK !

bagi menambahkan lagi kejelesan aku , aku nak sertakan beberapa entry yang sempat aku baca tadi pasal gathering hari ni . untunglahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!


http://pisyek.blogspot.com/2011/04/perjumpaan-blogger-perak-april-2011.html

http://www.akufakhrul.com/gathering-blogger-perak-2011-syok/

http://chekguisza.blogspot.com/2011/04/warga-emas-ditinggalkan-sampai-hati.html

http://reezluv.com/2011/04/gathering-blogger-perak-2011-happening/

http://penyuagar.blogspot.com/2011/04/aku-sangat-jujur-hari-ini.html

http://penyuagar.blogspot.com/2011/04/aku-sangat-jujur-hari-ini.html

http://admiralhafiz.blogspot.com/2011/04/gathering-blogger-perak-di-gunung-lang.html

http://tsubasa826.blogspot.com/2011/04/aku-tersesat-di-gathering-blogger-perak.html

Gambar Gath Si Penyu Upload

actually , aten pun ada tau time tu . tapi aten invisible ! ada je mengikut kat belakang korang . korang je tak perasan aten time tu . yelah , aten tau sape lah aten ni . dah la kecik molek , comel lote pulak tu . Lalalalala ~

Tahniah korang sebab pergi gathering blogger perak . secara tak langsung , kehadiran group blogger perak rasa dihargai bila ahli-ahli BP menghargai group BP . walaupun aten tak pegi , aten sayang BP okay !!! :D

seriously I tak jeles sebab I pun ada gambar dalam rumah tu jugak laaaaaaa ! :P



I pun naik bot jugak laaaaaaaaaaaaa! :P



I siap guling-guling kat atas tu lagi tauuuuuuuuuuu ! :P



I siap main panjat-panjat jaring lagi dekat sini tauuuuuuuuuuu ! :P


HAHA OK BAIIIIIIIII !! :P

Dah 3 bulan , tapi kenapa haid tak datang-datang jugak ?

Hey Ho Hai :)

hai girls . i got something to share to you alls . yang jejaka-jejaka , emmm , perlu gak tau kot ? yelah , pengetahuan sejagat , nanti korang kahwin , perlu gak tawu pasal bini korang betul tak? :D tapi entry ni khusus untuk girls je lah .


girls , korang pernah tak 2 3 bulan tak datang haid ? aku , tak pernah . alhamdulillah , kitaran atau pusingan haid aku konsisten dan teratur setiap bulan . itu bermakna aku ni subur lah . hahaha . eh aku bukan pandai-pandai cakap aku subur . tapi aku pernah terbaca , kedatangan haid yang teratur melambangkan kewanitaan dan kesuburan . ehem ehem . lama haid yang normal adalah 7 hari 7 malam . Jika lebih dari 15 hari , maka itu bukan darah haid lagi tapi darah penyakit . better pergi jumpa doktor . korang pun rajin-rajin lah kira . jangan pulak bulan puasa je kira hari datang haid , itupun semata-mata sebab nak ganti .

okay . untuk yang belum kahwin tu , kalau korang tak datang haid , jangan ah korang gabra pulak "aku mengandung aku mengandung" . HAHA sejak bila pulak korang bersetubuh kan ? bagi yang normal , tak semestinya korang tak datang haid , korang mengandung . ada banyak sebab kenapa haid korang datang lambat . kat bawah ni aku sertakan beberapa sebab kenapa haid datang lambat .

1. TEKANAN
  • tekanan dari bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon then haid kita . bila kita dalam keadaan tertekan , badan kita akan keluarkan hormon stress yang akan memberhentikan haid kita . so girls , jangan terlalu tertekan fikirkan ex boyfriend kau yang dah ada girlfriend lain tu ye :P
2. GEMUK
  • awww i terasa you alllsss . HAHA . walaupun i gemok tapi kitaran haid i tak pernah terganggu okay ! :P *serious* berlebihan lemak dalam badan akan menyebabkan berlebihan hormon estrogen(kena tanya cikgu sains) yang akan menggangu kitaran haid seterusnya melambatkan kedatangan haid . so bagi korang yang alami masalah ni ,DR ATEN nasihatkan supaya korang kurangkan berat badan korang sebanyak 10% ye! :)
3. TERLALU KURUS
  • alamakk , gemuk salah , kurus pun salah ! :p okay , kekurangan lemak dalam badan juga boleh mempengaruhi haid korang . benda ni selalu jadi dekat orang yang selalu / terlalu bersenam seperti atlet-atlet . seeloknya , dapatkan berat badan yang ideal . macam mana? buatlah kira-kira yang macam korang buat time sekolah menengah dulu time pendidikan jasmani :P . serious , aku bukan tergolong dalam golongan ideal . HAHA !
4. PENGAMBILAN UBAT
  • mungkin baru-baru ni korang ada ambil jamu untuk cantik ke atau buat perubatan tradisional ke atau yang gemuk-gemuk tu ambil pil intensif untuk kuruskan badan . haaa faktor ni menyebabkan haid korang datang lambat :)
5. MASALAH KESIHATAN
  • sakit secara tiba-tiba seperti demam panas atau menjalani pembedahan atau sakit yang memerlukan rawatan secara intensif boleh memberi tekanan kepada fizikal kita then menyebabkan lambat datang haid .

okay , itu je lah serba sedikit pasal lambat datang haid . bagi korang yang alami benda ni , korang tak payah terlalu risauu . kalau berpanjangan , jumpa je doktor . jangan jumpa DR ATEN . aku tak tau apa-apa :P

entry ini sangat open . try to think positive . this is for our own good . sharing is caring kan? :P

Thursday, April 07, 2011

TIPS : kurangkan lemak ternakan bawah dagu :D

Hey Ho Haii ! :)


para-para gadis sangat susah hati bila ada lemak kat bawah dagu tu . hari ni aku nak kongsi sikit tips , ada yang pernah aku cuba , ada jugak yang tak . ahhh tips free , siapa tak suka? :P

LAKUKAN SENAMAN BAWAH DAGU :) alaahai , senang je nak buat senaman dagu , tak keluar peluh pun . boleh buat time nak tido , bangun tido , tengah layan Maharaja Lawak pun bolehh :P
  • Jelir lidah korang ke depan atau jauh-jauh sampai korang rasa lidah nak tercabut tuh . ulang sehingga 10 kali pada setiap pagi . *mesti buruk je muka time buat ni , dengan hidung kembangnya . jangan buat depan cermin ! :P

    FAKTA : bila korang jelir lidah macam tu , korang akan dapat rasa otot bahagian leher korang ketat dan tegang . dagu boleh jadi runcing yallss :P
  • (yang ni aku pernah praktik) Guna belakang tapak tangan , tepuk-tepuk bawah dagu korang sebanyak 40 kali . orang kata 40 kali afdhal , tapi aku hentam sampai 100 kali , nak cepat hilang punya pasal . HAHA .

    FAKTA : tips ni berhasil okay . dengan amalan yang konsisten . waktu aku buat dulu , memang lemak bawah dagu aku hilang . tapi sekarang aku dah tak buat . kengkadang ingat , kengkadang lupa . tu pasal lah naik balik lemak bawah dagu aku . adeyh =='
  • Angkat bahagian bawah bibir korang ke atas , sejauh yang boleh . korang dapat rasa otot muka(rahang) sakit sikit . ulang 10 kali . *lebih afdal kalau korang tengok cermin . KAHKAHKAH :P tolong jangan buat tips ni time korang tengah tunggu bas ke , lrt ke , teksi ke tak kisah lah apa pun . orang sekeliling akan pandang pelik kat korang , ape kejadahnya kau buat macam tu? =='
MELALUKAN URUTAN DAGU :) bawah dagu sahaja okey . jangan kau pegi urut benda lain , kang benda lain yang kurus , bawah dagu kau still macam kek lapis :P
  • dongak kepala korang ke atas then urut dagu dari bawah ke atas . maksudnya dari leher ke arah dagu . selang seli lah guna tangan kiri dan kanan . buat setiap kali korang bangun pagi .
Okey habis pasal urut mengurut dan senaman . sekarang , jom kita amalkan yang ni pulak :)
  • Jangan selalu sangat tunduk masa berdiri atau duduk . pastikan korang mendagu sentiasa . paham tak? okey aku terangkan . korang tau kan macam mana reaksi korang masa korang bangga? riak? takbur? haa macam tu lah , pepatah melayu kata hidung tinggi . HAHA tapi jangan dongak tinggi sangat lah ye . nanti kang orang maksudkan lain pulak :D
  • Jaga pemakanan . You eat less than you will lose the fat. simple kan? kalau korang taknak dagu korang berlapis , jangan makan kek lapis , tak kirelah sarawak ke semenanjung punya ke . lalala ~ :P . Jangan makan makanan yang tinggi kolestrol dan lemak ye? itu bukan sahaja dapat melapiskan dagu anda , tetapi akan melapiskan juga perut anda :P
Ini satu lagi , untuk gadis-gadis yang pakai shawl , korang mesti bimbang akan ketembaman muka korang kan? oke ini satu tips .
  • Dongak ke atas , buka mulut then tampar muka korang dengan menggunakan kedua belah tapak tangan . slow-slow lah weh . jangan kuat-kuat sangat . ulang banyak-banyak kali sampai korang rasa kebas sikit . pipi korang akan rasa nipis dan tak terlalu tembam :D
OKAY . aku rasa itu je tips yang aku nak bagi . so , selamat mempraktikkannya . aku juga perlu guna pakai gak ni . thanks sebab baca entry yang tak berapa nak senonoh ni . tapi untuk kebaikan bersama jugak kan? :)

nak guna tips SI PENYU ni pun boleh ! :P

Friday, April 01, 2011

layakkah kau jadi SAHABAT yang baik ?

Hey Ho Hai :)

Apa itu sahabat ? kalau zaman sekolah tu memang ada ah sahabat atau kawan baik kan ? senang je awak cakap awak ada sahabat baik . best friend forever lah konon! BFF kalau gaya america nye . tapi awak tahu apa itu sahabat ? tahu macam mana nak hargai sahabat awak ?

SAHABAT :
  • merupakan seorang yang boleh MENJAGA KEAIBAN dan MENYIMPAN RAHSIA . *kalau kau dah cerita macam-macam pasal kawan kau tuh dekat orang lain , berhenti mengaku yang dia tu sahabat kau!
  • meredakan KESEDIHAN dan menghilangkan KEBIMBANGAN. sama dengan konsep u jump i jump , u cry i cry . takpayah nak cakap "everythings will be alright" kalau kau tawu its not going to be !
  • korang sebenarnya tak perlu ada MINAT dan PANDANGAN yang sama . tapi ini bukan bermakna korang boleh hentam sahabat korang sesuka hati kalau kedua aspek tu tak menepati apa yang korang rasa . contoh : aku tau kau tak boleh , try benda lain lah! *dengan tujuan untuk memberi pendapat* sejauh mana kau tawu kemampuan sahabat kau ? berapa lama kau kenal sahabat kau sedangkan mak bapak dia pun tak hentam dia lebih-lebih
  • SAHABAT sepatutnya memberi dorongan untuk sama-sama berjaya . Don't judge your friends ! tak kisahlah kalau dia mempunya minat yang berlainan . jangan rasa minat kau tu bagus sangat lah . kau tak ada hak pun nak judge minat , dia punya kemampuan dalam sesuatu perkara . malah , kau perlu NASIHAT . bukan MENGHENTAM !
  • BANGGA dengan kejayaan SAHABAT sendiri . contoh : sahabat kau dapat 9A SPM , kau dapat 5A+ . terus kau badmood dengan dia sebab dia lebih dari kau . WTH!? kenapa perlu ada sikap jealous ? contoh : alaa wlupun aku dapat 5a , kau dpat 9a , aku semua a+ , kau? tade a+ langsung pun . fine fine =='

kalau awak tak ada satu pun ciri-ciri sahabat yang aku cakap kat atas tu , takpayah mengaku la awak tu sahabat . mungkin hanya boleh dikategorikan sebagai kawan ? kawan tu apa pulak ? kenapa tak boleh jadi macam sahabat ?

KAWAN :
  • seorang yang boleh BERKONGSI macam-macam spt minat , hobi , lagu kegemaran , makanan kegemaran atau bahas pendapat . kau selalu ada masa untuk bersama dengannya , bergembira dan bersoronok . kawan pun boleh nak kongsi duka , tapi , dia tak akan pergi jauh , tak akan selami dalam tentang sesuatu perkara .

CLEAR ? korang patut baca apa ABG PENYU hensem ni cakap pasal sahabat / kawan baik dekat ENTRY COMEL DOODLE beliau . korang perlu kaji balik , layak ke tidak kau jadi sahabat yang baik .

p/s : entry ini dibuat dengan penuh rasa kekesalan =='

Tuesday, March 29, 2011

Korang yang baik hati boleh tolong saya tak?

Hey Ho Haii :)

actually , aku tengah pening . nak ambik computer science ke mechanical engineering? ayah , abang aku suh amek engineering . sekarang aku berbelah bagi . aku tak tau nak pilih yang mana satu . due date isi borang UPU ni 10 April . satu decision apa pun aku tak buat lagi . tolong saya boleh? course apa yang best? yang boleh jamin masa depan?


CLICK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN YANG PADU


so ape korang suggest? (ade ke orang baik hati nak suggest kat aku ni? :( )

BYE!

Sunday, March 27, 2011

Kagum dengan Budak Jepun ni !

hey ho haii !

nama budak jepun ni Sungha Jung . he's born on September 1996 . nak tau kenapa aku kagum ? layan dulu mehh :D



amacam? aku kagum sebab umur dia baru 15 tahun tapi dah terer main gitar macam ni . HUH ! kalau setakat aku main gitar strum bodo-bodo camtu , SUMPAH sikit pun aku tak bangga . aku akan bangga bila aku pandai main gitar macam budak Sungha Jung ni ! kalau setakat main gitar , nyanyi . ok fine itu semua orang pun boleh buat . *kutuk diri sendiri* LALALALA . more INFO? click HERE!

Monday, March 21, 2011

kelainan Miera Liyana mintak maaf ! prrrffttt*

Hey Ho Haii :)

HAHAHA aku tanak cakap panjang-panjang . sure korang pun banyak yang dah tawu ni . kita bukan Tuhan nak hentam hukum orang , tapi kita berhak tegur selagi kita umat sesama Islam .

bagi yang tak tau . alamak ketinggalan zaman pulak korang nih . meh sini meh nak cerita . Miera Liyana ni naik dalam cerita Kamelia Katrina kat Astro Ria tu . dalam cerita tu , Miera ni sangat innocenttt je . geram jugak aku tengok . tapi aku tak follow cerita ni sebab lembab =.= kahkah . *oke esok aku buat cerita sendiri :P

Nampak sikit je . Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan . DEM :P


SIKIT JE WEYH ! KAHKAHKAH !


#yang lelaki tu , sila tutup mulut . hishh tak senonoh . okey sudah ! Miera Liyana dah pun mintak maaf . credit : MSTAR

1 . “Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.

2. “Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.

3. “Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,”


statement 1 aku takde masalah . kesian dia kan tak sempat cuba baju tu . kahkah #simpati

statement 2 ni buat aku panas . Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini. aku rasa semua orang ada hak nak kata TIDAK kalau taknak satu benda tu . dia ni artis . for sure lah kat rumah dia banyak baju cantik-cantik . kalau dah pakai baju ni , then tengok terdedah sana sini , dia boleh kata TAKNAK PAKAI . dah dia sendiri pilih baju tu . balik rumah cari baju sendiri je sudah lah . pakai macam ni untuk apakah?

statement 3 lagi panas beb . HAHAHA dia ingat dia pakai baju camtu cantik sangat lah ? suka pakai baju terdedah kat belakang ? weeeee i loiiikeeee . nampak habis bra plastik kau . KAHKAH!

BAI !
picture source : GOOGLE.COM

Wednesday, March 09, 2011

Online FB via desktop :)

Hey Ho Haii :)

wah aku sangat teruja . sekarang aku tak payah nak tunggu browser load dah untuk bukak facebook . aku online FB via desktop je . tengok notification , upload photo , new update from friends kat FB , korang boleh tengok setiap update dari friends korang kat desktop je . nak like , comment , semua buat dekat desktop . CHAT pun bolehh ! semua boleh lah . HAHA . so sekarang , senang sikit aku nak blogwalking . :D


nampak tak? click gambar untuk tumbesaran padu oke? :)


korang pun nak? hehe senang je . STEP 1 : install kat SINI! . yes SINI! :P .

STEP 2 : download


STEP 3 : SAVE . kalau guna google chrome , dye akan direct terus kat bawah browser


STEP 4 : RUN then tunggu sampai siap .


STEP 5 : INSTALLATION . accept saje lah :)


FLIPTOAST will be displayed at the side of your desktop . DONE :)
so enjoy lah kalian dengan fliptoast tersebut . bagi aku , aku senang guna benda alah ni . semua benda dah boleh buat :D itu sahaje . BYEBYE :)

Saturday, February 26, 2011

Pink bukan Girly , tapi Lembut :D

Hey Ho Haii :)

kau minat Pink ? guys memang lah kurang minat color pink tapi tapi girls , mesti ramai kan ? even time aku sekolah dulu time Form 1 - Form 2 , ada yang marah-marah kalau ada orang pakai Pink , sebab dia kata warna Pink tu dia punya . orang lain yang pakai Pink tu semua tiru dia . wow obses betol dia terharap warna pink kan sampai mengaku warna Pink tu dia punya . dia cipta kah ? HAHA :P budak-budak , biasalah tu :P

kadang-kadang , aku blogwalking pun , ramai gadis-gadis pakai template yang berwarna pink , atau seakan-akan pink . lembut kan ? sejuk je mata memandang . orang yang guna Pink ni bukanlah dia tu sangat Girly tapi dia rasa dia sweet bila pakai pink . betul eh andaian aku ni? heeee . aku sendiri guna template pink . agak-agak kalau jejaka-jejaka masuk blog aku ni , mesti cepat-cepat dia tekan PANGKAH sebab pink ! i guess so . :P

btw , boleh tak kalau aku nak bilik PINK ?


comel nyaaaaaaaa ! cakap comel cepat !! :P aku nak bilik camni boleh ? sape interior designer , tolonglah buat bilik aku jadi camni . i want it so frickin baddd ! =='

and satu lagi , boleh tak kalau kawen nanti , aku nak rumah macam ni


style nyaaaaaaaa ! sape kontraktor , tolong lah buat rumah kat aku camni . takpe , aku nak hadiah kawen camni boleh? rumah ni oke? hahahaha! :))

obses pink ke aku ni ? tapi sweet what ? comel-comel je . lembut and sedap je mata memandang . tak terang ! thanks to MR GOOGLE sebab tunjuk aku gambar-gambar di atas . and dia berjaya buat aku sakit hati =.=

Wednesday, February 23, 2011

Berkongsi Kegembiraan di Blogger Perak :)

Hey Ho Haiii :)

penattnyaaa todayy . tapi gagahkan jugak diri ini mengupdate belog . bukan apa , malas nak tangguh-tangguh kerja . kerana di tag oleh Kirin Selama Perak , ku gagahkan diri . hah siapa kata tade orang sayang KSP? eleh bajet* hehe . Okey mari mulakan muqadimah :P . selain join group Sahabat Blogger , aten ade join satu lagi group yang memang gempak . aten tak aktif sangat kat SB sebab tak larat nak scroll ke bawah , setiap 2 second ade je post baru . penat ouh . lagi best jadi silent reader . macam selalu aten buat bile blogwalking jugak . hehehe

Group diberi nama Blogger Perak yang telah dibuat oleh makcik potpet yang comeell , Eija Hassan . eh awak , kita sebaya lahh :D masing-masing tengah tunggu result SPM ! ahh takutnyaa . doa-doakan kami dapat result yang gempak oke sayang-sayang semua? :P

satu benda yang korang kena tahu , admin group ni sangatlah tangkas , cepat , peka dan macam-macam lagi . sebabnya , aten penah post kat wall group , aten nak letak logo group kat blog , boleh gak promote kan untuk blogger-blogger perak . tak sampai 24 jam , dah siap punn logo tersebut ! cepat kan beliau? logo jugak sangat mengikut tema Perak itu sendiri :D


Kuning , Hitam , Putih . seperti bendera Perak . by the way , aten bukanlah duduk dalam negeri Perak . tapi sempadan . banyak urusan seharian aten buat kat Perak . kalau sesape yang penah datang Parit Buntar / Nibong Tebal / Bandar Baru , korang tau lah cemane . dalam masa 5 minit , korang boleh jelajah 3 buah negeri iaitu Perak , Penang dan Kedah . korang paham ke tak eh? harap-harap paham lah ea . aten tinggal kat nibong tebal , penang . tapi sekolah kat parit buntar , perak . macam tu lahh :) so boleh la kata blogger perak kan ? boleh kan EH ? hahaha :)

jadi itu sahaja yang boleh aten review pasal BP . memang best ye . we're just like a one big family ;D . tak sabar tunggu gathering !!

BYEBYE :)

Tuesday, February 15, 2011

Tutorial : Cara Pasang Read More to Blog Posts

Hey Ho Haiii .
oke ini tutorial untuk pasang read more tu . aku dapat idea ni pun sebabbbbbb . . .
ada sorang PAKCIK ni , blog dye dah jahanam , hehe kesian dia . jadii , sambil-sambil dye cari template baru , aku tolonglah cari-cari kan tutorial untuk buat read more ni . nahh , untuk awak , kitkat skali ye? :P

oke ini dia read more tricks :



Step 1 : Dashboard > Design > Edit HTML > Tick expand widget template

Step 2 : tekan CTRL+F . cari code ni :
</head>

Step 3 : copy code kat bawah ni . paste kat ATAS / SEBELUM </head> .
<script type='text/javascript'>
var thumbnail_mode = "float" ;
summary_noimg = 350;
summary_img = 450;
img_thumb_height = 140;
img_thumb_width = 140;
</script>
<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
/*
*/


function removeHtmlTag(strx,chop){
if(strx.indexOf("<")!=-1)
{
var s = strx.split("<");
for(var i=0;i<s.length;i++){
if(s[i].indexOf(">")!=-1){
s[i] = s[i].substring(s[i].indexOf(">")+1,s[i].length);
}
}
strx = s.join("");
}
chop = (chop < strx.length-1) ? chop : strx.length-2;
while(strx.charAt(chop-1)!=' ' && strx.indexOf(' ',chop)!=-1) chop++;
strx = strx.substring(0,chop-1);
return strx+'...';
}
function createSummaryAndThumb(pID){
var div = document.getElementById(pID);
var imgtag = "";
var img = div.getElementsByTagName("img");
var summ = summary_noimg;
if(img.length>=1) {
imgtag = '<span style="float:left; padding:0px 10px 5px 0px;"><img src="'+img[0].src+'" width="'+img_thumb_width+'px" height="'+img_thumb_height+'px"/></span>';
summ = summary_img;
}
var summary = imgtag + '<div>' + removeHtmlTag(div.innerHTML,summ) + '</div>';
div.innerHTML = summary;
}
//]]>
</script>

Step 4 : copy code kat bawah ni . find kat template (CTRL+F)
<data:post.body/>

Step 5 : GANTIKAN code tu dengan code yang ni :
<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>
<div expr:id='"summary" + data:post.id'><data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>createSummaryAndThumb("summary<data:post.id/>");</script>
<span class='rmlink' style='float:right'><a expr:href='data:post.url'>READ MORE ... </a></span>
</b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'><data:post.body/></b:if>

NOTE THIS : anda boleh menukarkan tulisan READ MORE ... dengan image yang comel-comel . caranya , tengok kat code di step 5 tu , cari perkataan READ MORE ... tu , tukarkan dengan code <img src=""/> seperti biasa :)

Preview dulu , kalau puas hati , baru save ye? :)

BYEBYE :)

Monday, February 14, 2011

Dunia Akhir Zaman

Aku jalan-jalan kat homepage fb sambil makan choki-choki , ade sorang mamat ni dia post satu video dari youtube . title pun dah buat aku interested gila nak click butang play . apa? Gadis Bertudung Persenda Zikir . . bukan lah aku nak kata aku pandai gila ilmu agama , tapi aku tahu la jugak , apa pahala , apa dosa . aku letak video ni kat blog aku ni , bukan untuk mempromosikan mereka , tapi untuk tujuan pengajaran . mana tau kot ada manusia di luar sana yang ada niat nak buat macam mereka? lupakan niat itu .


geleng-geleng kepala aku . wanita Islam sendiri buat macam ni . ishkx . dunia akhir zaman kan kawan-kawan?

Aku memohon ampun Ya Allah , Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku imlu yang berguna,
Berikanlah aku amalam yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yang meluas,
Terimalah taubat kami dengan taubat nasuha. .

Buruk nya bahasa hang!

Hey Ho Haii :)

aku blogwalking plus tengok-tengok Youtube . . sambil texting , aku layan satu video ni :


Sape tak kenal Anwar Hadi? kenal kann? bagus ! yang tak kenal tuh . pegi youtube or blog dia kat SINI . heh okey i love the way he talk ! , dgn slang english dia kalau tutup mata memang ingat dia omputeh . hehe . respect lah bro :)

Berbalik kepada video di atas . aku sangat sangat suka akan tajuk yang Anwar Hadi ketengahkan ni . sebabnya :

- bebudak skolah aku ramai yang guna bahasa comel eeewww tuh . hah ak tak paam ah tat anew yg cumil nyew . ak ase nyaket an ati adeww laarrhhh . mncik doe cem ni . hahak !

Bagi aku kan , ape salahnya kalau tulis leklok . tulis macam tu orang tak kan cakap yang korang tu comel lah . annoying ada lah .

2. Tulisan besar kecik besar kecik . haha aku rasa lah kan , masa dia tadika dulu , dia tak belajar bahasa kot . permulaan ayat kan mesti huruf besar dan yang lain mesti huruf kecik kecuali untuk kata nama khas *alamak, termasuk kelas BM la pulakk . prrfttt*

nAk AkU bAgI CoNtoH gAk Ke? YaNg AkU TuLis Ni LaAa . BeSt TaK ? SeNaNg GiLa NaK BaCa kaN? AkU RaSa OrAnG yAnG TuLis Ni TeRsAnGaTLaH RaJin NaK TeKaN ShIfT

Dengan automatik dahi korang akan berkerut-kerut nak baca apa yang aku tulis kat atas tu tadi :P seriously , TAK comel oke ! mencik doe cem ni . :P

3. Aku sangat-sangat tak paham . kenapa ada segelintir manusia tuh , menggunakan perkataan-perkataan yang tak senonoh untuk menunjukkan makna korang tak suka . err paham tak? meh nak bg contoh :

I rely rely hate fcuk coffee . maksud yang dia nak cakap ni sebenarnya saya tak suka kopi . perlukah guna perkataan fcuk tu? TAK PERLU oke . orang baca pun rasa korang ni biadap gila ! ada lagi perkataan lain seperti : biathc . kononnya nak buat perkataan yang budak emo gothic selalu guna? huhh aku rasa zaman tuh dah lama berakhir .

ohh . lupa lupa , aku nak mintak maaf jugak lah kalau ada yang baca entry aku ni , terasa pulak . or maybe ada yang menggunakan bahasa eww ni . haha . memang hak masing-masing kan , tapi better tak payah la nak buat short form yang terlalu thrill gila sampai orang fikir dua tiga kali apa yang korang nak maksud kan .

itu sahaja . BYEBYE :)

Friday, February 11, 2011

Tutorial : FB Social Plugin

Hey Ho Haii :)

arini nak buat tutorial , memandangkan ade sorang blogger request :)



okey . untuk CMM , ini tutorial yang awak mintak :)

step dye agak panjang tau . so harap bersabar lah :D

oh ya , apa itu FB social plugin??? meh sini aku tunjuk :P


Berminat? jom ikut tutorial ni :)


FIRST , login facebook then pergi dekat SINI . untuk yang tak pernah buat , dye akan cakap cam ni : Your account must be verified before you can take this action. Please verify your account by adding your mobile phone or credit card.So, korang masukkan je numbe phone korang , jgn risau . NOTE THIS : number phone takpaya ltak +6 dah ea , trus je dgn 01 ye ! dye akan hantarkan confirmation code kat korang . tulis confirmation code tu dlm box yg dye bgi tu (pop up window) . then tutup window tu .


tekan sekali lagi kat SINI . dye akan kluar macam ni

enter your blog name and site url then create application .




Copy APPID tu . then pergi kat SINI



Enter your APPID yang korang copy tadi dlm box UNIQUEID tu . then korang bole tukar number of comments display. aku display 2 comments per page je . so takde la nampak semak sangat . korang tengok sendiri lah ea :) . then tekan get code . copy code tersebut .


Dashboard > Design > Edit HTML > Tick Expland Widget Template . oke sekarang korang tekan ctrl+F then find code ni > <data:post.body/> . paste code tadi dkat bawah dye . CONTOHNYE cam ni :

then preview , kalau puas hati , SAVE :)


DONE :) selamat mencuba ye ;)
BYEBYE :)