Monday, October 31, 2011

Wednesday, October 19, 2011

Jangan buat saya jatuh hati

Assalamualaikum . Hey Ho hai ;)


alahai baru balik dari Terengganu . penat gila . tak pernah seumur hidup , hari ni balik Terengganu , esoknya balik Penang pulak . kerja gila ? eh takdelah , kami boleh je buat . 9 jam -.- pening kepala semua ada . lagi-lagi bila balik ikut Cameron Highlands . first and last lah balik ikut situ . jalan dia scary gila -.- kabus tebal tak nampak jalan . ya Allah macam-macam aku fikir . huhu -.- alhamdulillah selamat sampai :) oh hari ni , errr pasal cinta lagi ? -.-


wanita punya satu cinta
janganlah kamu mensia-siakannya
janganlah kamu sakitkan hati wanita
kerana wanita itu lemah, berbanding kamu
jangan biarkan wanita mengalirkan airmata kerana kamu
kerana wanita ada satu cinta


namun ia tidak bermakna wanita harus kalah pada perasaan :)












SUMBER ASAL

Monday, October 17, 2011

Are You In Love ?

Assalamualaikum . Hey Ho Hai :)

macam mana nak mula ye ? well , aku gerenti lah semua orang pernah fall in love kan ? *jadah ape speaking sekerat2 -.-* bahasa melayu nye , jatuh cinta . auww sweet sangat la pulak bunyi nya . hahahaha okay takde orang gelak . dem dem -.-



pernah tak korang rasa TERjatuh hati kat someone yang selama ni korang just anggap dia macam kawan ? sebab korang selesa dengan dia . even kalau korang jatuh tersepak batu pun first thing yang korang fikir , nak kena bagitau dekat abu ni aku jatuh -.- . semua benda yang korang buat semua bagitau kat dia walaupun dia tu takde kena mengena ngan korang , bukan bf / gf korang . kawan je pun . kawan rapat maybe ? tapi dekat kawan rapat yang sama jantina dengan korang pun korang tak cerita pulak semua jadah ni . blablabla -.-

maybe korang rasa benda tu normal . but actually , he is part of your life indeed .

" Boys, if you like her, if she makes you happy, and if you feel like you know her, dont let her go " ~Nicholas Sparks


situasi 1
  • korang kenal two persons at the same time . memule korang memang fikir nak kawan je lah kan , let say korang baru lagi dekat tempat tu tak kisah la tempat keje or tempat belajar . A and B buat korang happy . tapi si B lebih banyak buat korang ketawa terbahak-bahak . bile korang dengan si A , even though si A buat korang ketawa jugak tapi jauh dalam lubuk hati , korang harap kan bagus kalau si A ni macam si B ? yes at this moment , sedarlah bahawa hati korang dah terpikat dekat si B :)
situasi 2
  • that someone nak pegi holiday dengan family dia . korang ni jenis , errr caring maybe ? nak tahu lah dia dah sampai ke belum , dah ade kat mana , seronok ke dia travel ? that someone tu pulak dah cakap yang dia akan call / text korang kalau dia dah sampai but tup tup , one single message bagitau dah sampai pun takde . tapi yang korang ni dah desperate gilaaa kot tunggu call dari dia . phone tak lepas dari tangan , masuk toilet pun bawak phone hoping for his call . yes at this moment , sedarlah bahawa hati korang dah suka dekat someone yang korang kata "kawan" ni :)
situasi 3
  • korang selalu message dia . tapi lately , message pun dah jarang-jarang . call pun kadang-kadang . and for sure lah korang tertunggu-tunggu lah message si dia ni . suddenly bila phone korang bunyi je "alamakk ade message pulakk" , 1 new message , berdebar-debar lah nak tengok dengan harapan nama dia tertera dekat situ but actually , jiran sebelah rumah yang message ajak keluar and korang terus "hmmmmm" . yes at this moment , sedarlah bahawa korang dah tersuka dekat dia :)
situasi 4
  • korang kan selalu message dia dulu , and for sure lah message dia belambak-lambak dalam phone korang . sekarang ? message pun dah jarang . so korang sayang gilaa kot nak erase semua message yang dia hantar tu so that korang boleh baca balik bila korang rasa rindu ke, bosan ke kan . korang nak delete , tapi korang tak tawu kenape jari korang tak boleh nak mark all then delete semua message dia , sayang . hihi yes you are in love :)
situasi 5
  • korang selalu cakap , dia tu kawan je . kawan kawan kawan je . but you can't avoid that "hurt feelings" bile korang tawu die dengan orang lain . korang boleh cakap kite kawan je tapi dalam hati tu cemburu nak gile bole tak . tak sanggup ah tengok die dengan orang lain . haaa you are in love :)
situasi 6
  • while you reading this post , there's someone in your mind . well , you are in love with that someone :P HAHA!


"they say that if you love someone , you should let them go , did they say what to do when they don’t come back ?" well , if they don't come back , its means that we deserve better . but if you love them , why should you let them go ? tell them and hold them in your arms forever .

Friday, October 14, 2011

Tido lewat malam lagi ):

Assalamualaikum . Hey Ho Hai ;)

seperti yang anda tahu , sekarang saya sedang menikmati cuti semester yang mengambil masa selama 1 bulan 2 minggu . kira-kira seminggu sudah berlalu . okayy terasa sangatlah lama -.- tapi nanti bila dah nak habis cuti baru tergedik-gedik kata "alaaa nak cuti lagi nak cuti lagi . tak puas laaa duk umahh" *okay itu sangat gedik :D* dan selama seminggu ini juga lah , kitaran masa tidur saya telah berubah . sama juga masa break yang ada time final dulu , 2 minggu break sebelum exam seterusnya , saya menghabiskan masa siang dengan tido , malam dengan bermain game chuzzle bersama rakan serumah . -okay kejap , kenapa aku guna bahasa baku?- okay abaikan .


sekarang , setiap hari saya akan tidur pada pukul 7 pagi atau 8 pagi atau 9 pagi dan akan bangun dikala matahari sudah berada tegak atas kepala , dikala bahang kepanasan mengalahkan dua kipas yang berpusing , kadang-kadang , matahari sudah tidak kelihatan lagi di langit *bhahah jarang sekali terjadi okay* , dikala kain yang dijemur oleh mama pagi tadi telah kering dan hanya menunggu masa untuk saya angkat serta melipatnya . maka setiap kali bangun tidur , saya selalu pening-pening kepala kerana tidur macam orang gila . saya selalu memasang azam untuk tidur awal keesokan harinya tetapi azam saya tidak pernah tertunai . saya tetap mengulangi ruotnie ruotine err macam mana nak eja ni? erm bahasa melayu , rutin harian saya sehinggalah jerawat-jewarat <-typo plak* yang besar-besar tiba-tiba tumbuh dengan tidak semena-mena di muka saya yang comel ini -haa nampak tak kata ganda? hihi-

seorang kawan saya ada bercerita , semasa dia tinggal di kawasan perumahan saya , dia sering diganggu oleh makhluk ghaib , err h-a-n-t-u lah senang celite . sepatutnya saya tidak menulis apa-apa tentang perkara ini kerana orang cakap , kalau kita mengingati tentang h-a-n-t-u , nanti dia benar-benar muncul di hadapan kita . *izinkan saya ketawa seketika* pernahkah anda merasai perasaan yang sama seperti saya ? di tengah-tengah malam yang sunyi , dikala dengkuran mama dan abah saling berlawan sehingga boleh didengari sehingga ke luar rumah , anda kesunyian dan memikirkan kenapa anda masih tidak mempunyai teman lelaki *er abaikan- dan dengan tiba-tiba , telefon bimbit anda berbunyi . dalam hati berkata , ehh maybe scandal I call tuuu . anda pun terus angkat call tersebut tanpa melihat siapa . (yela , You sorang je yang selalu call I malam-malam macamni. I know it's You ! hihihi)


lelaki : aku dah suruh abang masukkan ayam dalam peti sejuk
aku : *terdiamm* hah?
lelaki : esok datang rumah terus ambik je ayam tu terus masak . puan ada tetamu . masak la ape yang kamu rasa sesuai untuk makan tengahari .
aku : *diam je , niat hati nak melayan, lalu aku pun* okayy okayy
lelaki : aku rasa kamu buat masak lemak lah
aku : hah okay okay
lelaki : kalau masak lemak kena letak ape lagi ? aku rasa aku belum beli bahan-bahan lagi . nanti susah pula kamu nak masak
aku : arr yang pastinya letak ayam . *aku tak tahan nak gelak time ni*
lelaki : loya buruk pula kamu . perlu letak santan kan ? bawang , serai
aku : *senyapp*
lelaki : perlu letak serai jugak kan , asam keping juga kan ?
aku : *senyappppp*
lelaki : kenapa kamu senyap ? erm kamu ni betul ke kartini ?
aku : maaf pakcik , pakcik salah number la .

lalu lelaki itu terus letak phone . agak-agaknye ape laa yang pakcik tu fikir kan ? bhahahahah !