Wednesday, April 18, 2012

Siti Norfadilah binti Rosmadi :)

Assalamualaikum readersss :D

HAPPY BIRTHDAY TO IELA YELLAHH ! :D
HAPPY SWEET 19th MY DEAR IELAAA !



Kau degil Iela ! sepatutnye kau keluar 17 April same dengan aku , tapi kau degil ! kau tanak keluar 17 April sebab kau taknak kongsi date dengan aku . degil degil ! HAHAHA

Happy Birthday Iela :D Semoga panjang umur dan murah rezeki . May ALLAH bless you alwayss :). I love youuu sister ! It's our month ! enjoy it !

betul ! kita tak kena prank macam yang lain kena kan kan . selamat lah kita dari plan jahat sisters sekalian . hahaha
TIYA : kena prank aku excident ^_^
ATHIRA : mandi bedak :P
MUNIRAH : kena mandi malam-malam + bedak ^_^
TASYA : takdak prank ? -.-

by the wayy , live our 19th , because it passes once :)

Tuesday, April 17, 2012

Tempahkan sebuah bilik di neraka

Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana. – Edisikini



Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.


Taman larangan Allah SWT adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita , Aamiin

Monday, April 16, 2012

Andai Lelaki Tahu



Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya.. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya

Thursday, April 12, 2012

Mandi Wajib yang SAH :)

Assalamualaikum :)
Hey Ho Hai readerssssss :D

Amboi lamanya aku menyepi , sampaikan ada yang cakap , aku dah lupa password blogger.com ke ? HAHA aku malas nak update . Dan ketahuilah bahawa , aku sedang menikmati cuti yang UITM bagi selama 2 bulan , yeayyy 2 bulan ! yeeee 2 BULAN ! okay enuff -.- annoyin pulak guwa rasa .

Baiklah untuk permulaan cuti semester ni , aku nak cakap pasal Mandi Wajib , yang betul , yang sah ! Mandi Wajib , perkataan yang nampak mudah , mudah di sebut tapi yang mudah itulah yang selalu diambil mudah oleh orang-orang yang selalu meringankan semua perkara . Maksud sayaaa , mudah disebut tapi jangan terkejut jika banyak umat Islam yang tidak sah mandi wajibnya sebab tak buat dengan betul . Bila mandi wajib tak sah , ibadah lain bagaimana pula ? Okay :)



Jom kita tengok Rukun Mandi Wajib pulak . Rukun mandi ada 3 :

  • Niat
Yang umum ialah : "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala"
Bagi perempuan yang habis haid : "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala"

Baik , niat di dalam hati , disertakan ketika air sampai dekat mana-mana anggota badan . Okay kat sini ada 2 keadaan .
  1. Jika niat dilambatkan atau air dah kena anggota badan sebelum niat , maka mandi wajibnya tidak sah .
  2. Jika niat sebelum air sampai ke anggota , maka mandi wajibnya tidak sah .
Nampak remeh bukan ?
  • Menghilangkan najis
Yang ni simple . Semua orang tau najis tu apa kan ? Baik, jika kita ada najis di badan , najis itu boleh dihilangkan sekali semasa mandi wajib . Sebagai contoh , air kencing . Boleh dibasuh serentak .

  • Ratakan air ke seluruh badan
Yang ini , nampak mudah , tetapi rumit juga sebenarnya bagi sesetengah pihak . Kenapa aku cakap macam tu ? Baik , kita tengok situasi . Meratakan air ke seluruh badan yang zahir bermaksud , air perlu melalui semua anggota badan , iaitu meliputi kulit , rambut dan bulu yang ada pada badan . Anggota badan yang lain rasanya dah jelas kan ?
  1. Kuku
- Jika dalam kuku ada kotoran , wajiblah dibuang supaya ia tidak menghalang air sampai ke dalam atau ke bahagian bawah kuku . Jelas ?

2. Rambut

- Rambut yang disanggul atau ditocang , wajib dibuka sekiranya air tak sampai ke dalamnya .

- Rambut yang diwarnakan selain daripada inai , maka mandi wajibnya tidak sah . Sekiranya seseorang mewarnakan rambut selain daripada inai , maka dia mesti membuang pewarna tersebut sebelum mandi wajib . Baik , kat sini yang susah . Nak buang pewarna tu macam mana pulak ? Padahal nak buang pewarna tu sikit punya susah -.- Nak kena potong botak kah ? :)

Okay , pewarna rambut sebenarnya menyalut rambut kita . Berbeza dengan inai yang meresap ke dalam rambut . Mandi wajib tidak sah kerana pewarna rambut tadi yang menghalang air sampai kat rambut kita .

Tapi dalam hal ni , jangan pula ada yang salah faham ye . Sebenarnya pewarna tu kalau ada sijil halal oleh JAKIM dan kalau tak bernajis , bukanlah bermaksud mandi wajib tu tak sah . Dalam hal ni , kita kena tengok pulak , solat dengan mandi wajib itu berbeza . Jadi haruslah dilihat dari pandangan yang berbeza .

Okayy , itu sahaja tentang Mandi Wajib . Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah , yang buruk itu datang dari aku sendiri . Aku cuma nak kongsi sedikit ilmu yang ada . Semoga boleh dimanfaatkan dan boleh buat muhasabah diri . Mungkin ada sedikit kelalaian dalam diri , termasuk aku sendiri .



p/s : teringin nak bath tub gini lah pulak :P