Thursday, April 14, 2011

Penggunaan Bedak Sejuk :)

Hey Ho Hai :)

ahaa korang pernah pakai bedak sejuk ? tahu ke apa kegunaan bedak sejuk tu ? korang jangan jadi macam aku , pakai je bedak sejuk tapi tak tau apa kelebihan dia .


*search bedak sejuk kat google , alih-alih keluar gambar ni . nasib la*


okayy . zaman sekarang ni ramai yang dah lupa akan penggunaan bedak sejuk . mereka lebih suka guna produk-produk kecantikan yang ada kat pasaran sekarang ni . termasuk lah , awak . kan? :P . mengaku je , aku pun pakai jugakk :P



apa kelebihan bedak sejuk ? okay meh sini rapat-rapat :D

  • Zaman dulu , pekebun sapu bedak sejuk dekat muka supaya muka dorang tak gelap dek dipanah cahaya matahari ketika berkebun :D
  • Bedak sejuk digunakan untuk mengelakkan muka dari ditumbuhi jerawat :D
  • Jika digunakan sebelum tidur pada waktu malam pulak , ia dapat mencerahkan kulit muka :D
  • Boleh juga digunakan untuk menghilangkan ruam-ruam di badan kanak-kanak . sapu bedak sejuk ditambah dengan garam dan air ditempat terkena ruam :D
  • Boleh juga digunakan untuk mereka yang terkena demam campak . ia dapat menghilang masalah tidur tak lena korang bila asyik tergaru sana tergaru sini :P
so apa lagi korang , yang pastinya korang nak muka korang licin halus mulus kan . pakai la bedak sejuk . bukannya mahal pun , rm3.50 je satu botol rasanya . aku pakai pun tak habis-habis lagi . dari bulan 1 kot tak silap .

tapi ingat ye korang , jangan terlalu taksub dengan bedak sejuk sampai pakai bedak sejuk waktu buat aktiviti seharian di bandar-bandar besar . nanti orang ingat terserempak hantu di siang hari :P


korang nak tengok hasil penggunaan bedak sejuk ?



OKBAI thanks baca :)

2 comments:

  1. dulu suke pkai bedak sejuk...skg ni mcm dah ta pkai je...mane ta ny, bgn tyto je, lembu jadi putih...ngan bantal ny...haha

    ReplyDelete
  2. @aliaa farhana

    hahaha . pakai sarung bantal warna putih la kak al . last-last berdebu je . haha

    ReplyDelete

Saye Nak Choki-Choki Boleh? ... ♥