PERINGATAN AWAL : ENTRY INI ADALAH ENTRY PALING PANJANG DALAM SEJARAH BLOG AKU.
Sebelum tu, kalau ada apa-apa pertanyaan, sila terus contact dekat twitter or facebook sebab blog ni tak selalu bukak sangat pun :)
Entry ini untuk student UiTM yang mungkin tidak tahu cara untuk menggunakan aplikasi Lumos iaitu aplikasi yang boleh dikatakan berfungsi untuk menggantikan student portal. Dekat sini aku akan tunjukkan setiap fungsi tab-tab yang ada dalam aplikasi tersebut. Sebelum memulakan tutorial, pastikan anda sudah pun mempunyai aplikasi ini. Kalau belum ada, boleh download di sini :
(CLICK PADA GAMBAR UNTUK TUMBESARAN YANG PADU :D)
DOWNLOAD LUMOS
UPDATE VERSION
Untuk tutorial ni, saya guna Lumos version 4.5.77. Untuk sesape yang pernah ada lumos dulu tapi version 2 or 3, takpayah la download yang lain. Update je terus dari app yang sedia ada. Untuk link dekat atas tu, version 5.3. However, cara nak guna lumos semua sama je. Okay, cara update :
1. Tekan Help. Pilih Update
2. Dia akan keluar satu window kecik. Tekan Update.
LOGIN iSTUDENT
First and foremost, korang kena login dulu. Cara paling senang, tekan je F2 kat keyboard tu. Atau nak cara susah atau cara nerd, hahaha okay macam ni :
1. Tekan Edit. Pilih Login iStudent
2. Dia akan direct terus ke satu window di mana korang kena masukkan student id dan password. Click OK then dia direct terus ke window lumos yang asal tadi. Done!
CHECK AND GENERATE YOUR TIMETABLE (MANUAL)
Dekat sini, kita guna fungsi Manual dulu. Kita akan pick our subjects and groups secara manual.
1. Tekan LOAD. Pilih your campus
2. Pilih Course Code. Pilih Group. Tekan Insert.
4. Kalau timetable nak macam comel je, macam cantik je, DOUBLE CLICK dekat subjek tu, then boleh tukar kaler - kaler.
5. So now dah puas hati, tekan Create or F5 untuk buat kau punya timetable.
6. Direct terus pergi window timetable korang. Tekan CUSTOMISE untuk buat jadual korang macam aku punya tu. MACAM CANTEKKK JE. MACAM COMEEEELLL JE. -___-
CHECK AND GENERATE YOUR TIMETABLE (AUTOMATIC)
Secara generalnya, nama pun automatic kan, so kau takpayah nak pilih satu-satu course kau. Cuma function ini hanya boleh digunakan SELEPAS kau register course dekat student portal. Kalau manual tadi kau boleh arrange jadual kau dulu sebelum register. okay clear?
1. Log in iStudent *kalau dah log in, terus tekan START*
2. Tick your campus/faculty
3. Dia akan terus keluar semua course yang kau ambik semester tu. Dari popup tu click YES. Keluarlah jadual kau yang comel tadi.
***MINUM JAP***
***OKAY SAMBUNG***
iSTUDENT TAB
Baiklah. Disini lah part yang paling best sekali. Semua benda boleh buat dalam tab iSTUDENT ni. Tak percaya? Okay.
1. Course Registration. Fungsi dia sama je macam buat dekat student portal. Err, nak register course tahu kan macam mana? Bukan student UiTM lah kalau nak register pun nak ada tutorial jugak. Ayoyoyoyo.
*update later*
3. Examination Slip. Fungsi dia untuk print kau punya exam slip.
*update later*
4. Examination Result. Fungsi dia untuk tengok dan print kau punya exam result dengan senang hatinya,
5. i-Learn. Fungsi dia untuk tengok update for every subject, buat sufo, download notes, etc.
6. Financial. Untuk tengok kau punya hutang. Eh tak, tengok yuran kau dah bayar belum, ptptn dah masuk belum. Gitu
7. Continuition Studies. Untuk mohon further studies.
COURSE OUTLINE TAB
Tab ni ada 2 option. Lumos or iStudent. Beza antara dua ni adalah :
LUMOS : Tunjuk SEMUA course yang ada dalam Kampus UiTM kau sekarang.
iSTUDENT : Tunjuk course yang kau ambil SAHAJA dari semester 1 sampai lah semester 6 (diploma)
Baiklah. Kelebihan wujudnya tab ini adalah untuk korang tahu course code untuk semester hadapan. Jadi senang lah korang nak buat jadual sebelum course registration nanti. Okay geng?
Auto-SuFo (BETA) TAB
Simple. Tab ni untuk korang buat korang punya Sufo. Buat masa sekarang ni no sufo lagi lah. I will update later okayy.
FINAL EXAM (BETA) TAB
Generally, tab ni untuk generate korang punya final exam timetable secara automatic just as simple as onetwothree. *update later* okay :D
GPA CALCULATOR TAB
Tab ni kegunaan dia untuk kira GPA current semester kita.
1. Tekan Course Outline. Dia keluar satu window kecik.
2. Tekan Load. Dia keluar list course yang ada. Tick course yang kau amik untuk semester tu. Click OK.
3. Isikan gred.
4. Tekan Calculate. Then keluarlah kau punya GPA semester tu.
*psssssttt, aku dengar macam ada orang cakap pandai gila dapat 4 rata. Oh no no, aku tipu je tu. Tapi doakan la eh jadi kenyataan sem depan? AMIN! :)*
CGPA CALCULATOR TAB
Tab ni kegunaan dia untuk kira CGPA current semester kita.
1. Tekan ADD TAB
2. Tulis lah apa-apa kau suka untuk buat nama tab kau tu.
3. Tekan Course Outline.
4. Pilih course yang kau amik untuk Semester 1.
5. Ulang Step 1 - 4 sampai your current semester.
6. So akan jadi macam ni ..
7. Dah calculate semua GPA setiap semester. Tekan CREATE. Dia akan keluar macam ni.
*pssstt, disebabkan dari sem 1, I asyik dapat 4 rata je, CGPA I 4.00 je every sem. Nak tunggu sem depan naik pentas ambik pingat ANC.* KAHKAH
Eh geng okay lagi? Guwa nak teruskan lagi sikit ni. Bertabahlah belajar tutorial ni ye.
***MINUM SIKIT LAGI***
***OKAY SAMBUNG***
SITE MAP TAB
Baiklah. Tab ni boleh guna untuk macam-macam benda.
1. Window bawah ni adalah student login, untuk login ke istudent portal.
3. Untuk tengok Academik Calendar.
4. GT Mode. Nak check kita blacklisted ke tak.
5. Buat pengesahan convo.
6. Result intake.
Dan yang terakhir sekali adalah iCRESS TAB
Tab ini untuk kita check jadual secara manual atau dalam erti kata yang lain, cara yang SUSAH, PENING, BINGUNG, MENYIRAP dan bermacam-macam lagi. Orang dah bagi pakai lumos, cara senang, guna lah LUMOS. Haiya.
Dan tak perlu lah nak tutorial pasal icress ni lagi dah. Korang semua dah pandai guna icress kan? :D
Berakhirlah sudah tutorial saya pada kali ini. Harap anda semua mendapat manfaat dari apa yang telah saya bentangkan di sini. Sebarang kemusykilan boleh lah anda susulkan di ruangan komen, terima kasih daun keladi, ada masa jumpa lagi. :) Assalamualaikum.
terbaik lahh :)
ReplyDeleteTerima kasih, moga bermanfaat :)
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteYa Allah, terima kasih sebab bagitau. saya memang tak perasan.
Deletetanx a lot
ReplyDeletehebat nyer..
ReplyDelete