Sunday, April 24, 2011

Kesan minum air berAIS !

Assalamualaikum . hey ho hai ! :)

alritee . wa nak share kat korang , apa kesan kau orang minum air berais lepas makan . serious , memang sedap kalau lepas makan tu minum air berais kan . rase nyamannn je tekak kan . tapi kadang-kadang kita tak sedar apa yang masuk dalam mulut dan terus ke bahagian dalaman kita tu ada effect ke tidak . kau orang fikir sedappp je kan . same lah wa pun . hahaha

okey , benda ni memang sesuai di baca dan dibuat peringatan untuk semua orang yang suka minum air berais lepas makan , termasuk diri wa sendiri . memang syok pekena air berais lepas makan tambah-tambah lagi bila mak kau orang masak sambal udang pedas berdesik punya . haha! :p betul kan ?

AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin GEMUK dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. *patut la wa makin gemuk . damn =='

so , jalan terbaik ialah , minumlah air panas ! minum lah air panas selepas makan untuk mengelakkan serangan SAKIT JANTUNG ! kau orang patut tawu bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Ia juga bermula di bahagian atas dada anda. keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. so , jom sama-sama berwaspada dan berhati-hati . tak kisah la kau orang tua ke muda , serangan jantung boleh datang bila-bila masa je . well , lebih banyak kita tahu , lebih cerah peluang kita untuk terus hidup . insyaAllah . ok geng?



SOURCE --> TQ!

Thursday, April 14, 2011

Penggunaan Bedak Sejuk :)

Hey Ho Hai :)

ahaa korang pernah pakai bedak sejuk ? tahu ke apa kegunaan bedak sejuk tu ? korang jangan jadi macam aku , pakai je bedak sejuk tapi tak tau apa kelebihan dia .


*search bedak sejuk kat google , alih-alih keluar gambar ni . nasib la*


okayy . zaman sekarang ni ramai yang dah lupa akan penggunaan bedak sejuk . mereka lebih suka guna produk-produk kecantikan yang ada kat pasaran sekarang ni . termasuk lah , awak . kan? :P . mengaku je , aku pun pakai jugakk :P



apa kelebihan bedak sejuk ? okay meh sini rapat-rapat :D

  • Zaman dulu , pekebun sapu bedak sejuk dekat muka supaya muka dorang tak gelap dek dipanah cahaya matahari ketika berkebun :D
  • Bedak sejuk digunakan untuk mengelakkan muka dari ditumbuhi jerawat :D
  • Jika digunakan sebelum tidur pada waktu malam pulak , ia dapat mencerahkan kulit muka :D
  • Boleh juga digunakan untuk menghilangkan ruam-ruam di badan kanak-kanak . sapu bedak sejuk ditambah dengan garam dan air ditempat terkena ruam :D
  • Boleh juga digunakan untuk mereka yang terkena demam campak . ia dapat menghilang masalah tidur tak lena korang bila asyik tergaru sana tergaru sini :P
so apa lagi korang , yang pastinya korang nak muka korang licin halus mulus kan . pakai la bedak sejuk . bukannya mahal pun , rm3.50 je satu botol rasanya . aku pakai pun tak habis-habis lagi . dari bulan 1 kot tak silap .

tapi ingat ye korang , jangan terlalu taksub dengan bedak sejuk sampai pakai bedak sejuk waktu buat aktiviti seharian di bandar-bandar besar . nanti orang ingat terserempak hantu di siang hari :P


korang nak tengok hasil penggunaan bedak sejuk ?



OKBAI thanks baca :)

Sunday, April 10, 2011

Gathering Blogger Perak ? AtenAzhar tak jeles pun -.-

hey ho hai !!

arrghh . apehal aku pulak yang sibuk pasal gathering blogger perak tadi hah? aku tak pegi pun tapi apehal aku sibuk ? HAHA aku sibuk sebab aku jeles aku tak dapat join . dem =='

happening je aku tengok gambar-gambar time gath tu . jeles mak nyahh . takpelah , takde rezeki aku nak join gath kali ni . next time pasti ada lagi gath betul tak CIK ADMIN dan PAK ADMIN ? gath lepas ni aku nak join gak . i don't care . lalalala ~

dekat group BP sangat kecoh dengan gathering gathering gathering . naik nyampah aku nak online cenggini . hahaha :P

okey , aku nak culik satu gambar dari Reezluv


saya , Aten Azhar ingin membuat satu pengakuan . saya sangat jeles akan gathering BP pada 10 April 2011 . saya bertekad , jika ada lagi gathering lepas ni , saya mesti join kerana saya sangat teringin berjumpa dengan semua BLOGGER PERAK !

bagi menambahkan lagi kejelesan aku , aku nak sertakan beberapa entry yang sempat aku baca tadi pasal gathering hari ni . untunglahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!


http://pisyek.blogspot.com/2011/04/perjumpaan-blogger-perak-april-2011.html

http://www.akufakhrul.com/gathering-blogger-perak-2011-syok/

http://chekguisza.blogspot.com/2011/04/warga-emas-ditinggalkan-sampai-hati.html

http://reezluv.com/2011/04/gathering-blogger-perak-2011-happening/

http://penyuagar.blogspot.com/2011/04/aku-sangat-jujur-hari-ini.html

http://penyuagar.blogspot.com/2011/04/aku-sangat-jujur-hari-ini.html

http://admiralhafiz.blogspot.com/2011/04/gathering-blogger-perak-di-gunung-lang.html

http://tsubasa826.blogspot.com/2011/04/aku-tersesat-di-gathering-blogger-perak.html

Gambar Gath Si Penyu Upload

actually , aten pun ada tau time tu . tapi aten invisible ! ada je mengikut kat belakang korang . korang je tak perasan aten time tu . yelah , aten tau sape lah aten ni . dah la kecik molek , comel lote pulak tu . Lalalalala ~

Tahniah korang sebab pergi gathering blogger perak . secara tak langsung , kehadiran group blogger perak rasa dihargai bila ahli-ahli BP menghargai group BP . walaupun aten tak pegi , aten sayang BP okay !!! :D

seriously I tak jeles sebab I pun ada gambar dalam rumah tu jugak laaaaaaa ! :P



I pun naik bot jugak laaaaaaaaaaaaa! :P



I siap guling-guling kat atas tu lagi tauuuuuuuuuuu ! :P



I siap main panjat-panjat jaring lagi dekat sini tauuuuuuuuuuu ! :P


HAHA OK BAIIIIIIIII !! :P

Dah 3 bulan , tapi kenapa haid tak datang-datang jugak ?

Hey Ho Hai :)

hai girls . i got something to share to you alls . yang jejaka-jejaka , emmm , perlu gak tau kot ? yelah , pengetahuan sejagat , nanti korang kahwin , perlu gak tawu pasal bini korang betul tak? :D tapi entry ni khusus untuk girls je lah .


girls , korang pernah tak 2 3 bulan tak datang haid ? aku , tak pernah . alhamdulillah , kitaran atau pusingan haid aku konsisten dan teratur setiap bulan . itu bermakna aku ni subur lah . hahaha . eh aku bukan pandai-pandai cakap aku subur . tapi aku pernah terbaca , kedatangan haid yang teratur melambangkan kewanitaan dan kesuburan . ehem ehem . lama haid yang normal adalah 7 hari 7 malam . Jika lebih dari 15 hari , maka itu bukan darah haid lagi tapi darah penyakit . better pergi jumpa doktor . korang pun rajin-rajin lah kira . jangan pulak bulan puasa je kira hari datang haid , itupun semata-mata sebab nak ganti .

okay . untuk yang belum kahwin tu , kalau korang tak datang haid , jangan ah korang gabra pulak "aku mengandung aku mengandung" . HAHA sejak bila pulak korang bersetubuh kan ? bagi yang normal , tak semestinya korang tak datang haid , korang mengandung . ada banyak sebab kenapa haid korang datang lambat . kat bawah ni aku sertakan beberapa sebab kenapa haid datang lambat .

1. TEKANAN
  • tekanan dari bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon then haid kita . bila kita dalam keadaan tertekan , badan kita akan keluarkan hormon stress yang akan memberhentikan haid kita . so girls , jangan terlalu tertekan fikirkan ex boyfriend kau yang dah ada girlfriend lain tu ye :P
2. GEMUK
  • awww i terasa you alllsss . HAHA . walaupun i gemok tapi kitaran haid i tak pernah terganggu okay ! :P *serious* berlebihan lemak dalam badan akan menyebabkan berlebihan hormon estrogen(kena tanya cikgu sains) yang akan menggangu kitaran haid seterusnya melambatkan kedatangan haid . so bagi korang yang alami masalah ni ,DR ATEN nasihatkan supaya korang kurangkan berat badan korang sebanyak 10% ye! :)
3. TERLALU KURUS
  • alamakk , gemuk salah , kurus pun salah ! :p okay , kekurangan lemak dalam badan juga boleh mempengaruhi haid korang . benda ni selalu jadi dekat orang yang selalu / terlalu bersenam seperti atlet-atlet . seeloknya , dapatkan berat badan yang ideal . macam mana? buatlah kira-kira yang macam korang buat time sekolah menengah dulu time pendidikan jasmani :P . serious , aku bukan tergolong dalam golongan ideal . HAHA !
4. PENGAMBILAN UBAT
  • mungkin baru-baru ni korang ada ambil jamu untuk cantik ke atau buat perubatan tradisional ke atau yang gemuk-gemuk tu ambil pil intensif untuk kuruskan badan . haaa faktor ni menyebabkan haid korang datang lambat :)
5. MASALAH KESIHATAN
  • sakit secara tiba-tiba seperti demam panas atau menjalani pembedahan atau sakit yang memerlukan rawatan secara intensif boleh memberi tekanan kepada fizikal kita then menyebabkan lambat datang haid .

okay , itu je lah serba sedikit pasal lambat datang haid . bagi korang yang alami benda ni , korang tak payah terlalu risauu . kalau berpanjangan , jumpa je doktor . jangan jumpa DR ATEN . aku tak tau apa-apa :P

entry ini sangat open . try to think positive . this is for our own good . sharing is caring kan? :P

Thursday, April 07, 2011

TIPS : kurangkan lemak ternakan bawah dagu :D

Hey Ho Haii ! :)


para-para gadis sangat susah hati bila ada lemak kat bawah dagu tu . hari ni aku nak kongsi sikit tips , ada yang pernah aku cuba , ada jugak yang tak . ahhh tips free , siapa tak suka? :P

LAKUKAN SENAMAN BAWAH DAGU :) alaahai , senang je nak buat senaman dagu , tak keluar peluh pun . boleh buat time nak tido , bangun tido , tengah layan Maharaja Lawak pun bolehh :P
  • Jelir lidah korang ke depan atau jauh-jauh sampai korang rasa lidah nak tercabut tuh . ulang sehingga 10 kali pada setiap pagi . *mesti buruk je muka time buat ni , dengan hidung kembangnya . jangan buat depan cermin ! :P

    FAKTA : bila korang jelir lidah macam tu , korang akan dapat rasa otot bahagian leher korang ketat dan tegang . dagu boleh jadi runcing yallss :P
  • (yang ni aku pernah praktik) Guna belakang tapak tangan , tepuk-tepuk bawah dagu korang sebanyak 40 kali . orang kata 40 kali afdhal , tapi aku hentam sampai 100 kali , nak cepat hilang punya pasal . HAHA .

    FAKTA : tips ni berhasil okay . dengan amalan yang konsisten . waktu aku buat dulu , memang lemak bawah dagu aku hilang . tapi sekarang aku dah tak buat . kengkadang ingat , kengkadang lupa . tu pasal lah naik balik lemak bawah dagu aku . adeyh =='
  • Angkat bahagian bawah bibir korang ke atas , sejauh yang boleh . korang dapat rasa otot muka(rahang) sakit sikit . ulang 10 kali . *lebih afdal kalau korang tengok cermin . KAHKAHKAH :P tolong jangan buat tips ni time korang tengah tunggu bas ke , lrt ke , teksi ke tak kisah lah apa pun . orang sekeliling akan pandang pelik kat korang , ape kejadahnya kau buat macam tu? =='
MELALUKAN URUTAN DAGU :) bawah dagu sahaja okey . jangan kau pegi urut benda lain , kang benda lain yang kurus , bawah dagu kau still macam kek lapis :P
  • dongak kepala korang ke atas then urut dagu dari bawah ke atas . maksudnya dari leher ke arah dagu . selang seli lah guna tangan kiri dan kanan . buat setiap kali korang bangun pagi .
Okey habis pasal urut mengurut dan senaman . sekarang , jom kita amalkan yang ni pulak :)
  • Jangan selalu sangat tunduk masa berdiri atau duduk . pastikan korang mendagu sentiasa . paham tak? okey aku terangkan . korang tau kan macam mana reaksi korang masa korang bangga? riak? takbur? haa macam tu lah , pepatah melayu kata hidung tinggi . HAHA tapi jangan dongak tinggi sangat lah ye . nanti kang orang maksudkan lain pulak :D
  • Jaga pemakanan . You eat less than you will lose the fat. simple kan? kalau korang taknak dagu korang berlapis , jangan makan kek lapis , tak kirelah sarawak ke semenanjung punya ke . lalala ~ :P . Jangan makan makanan yang tinggi kolestrol dan lemak ye? itu bukan sahaja dapat melapiskan dagu anda , tetapi akan melapiskan juga perut anda :P
Ini satu lagi , untuk gadis-gadis yang pakai shawl , korang mesti bimbang akan ketembaman muka korang kan? oke ini satu tips .
  • Dongak ke atas , buka mulut then tampar muka korang dengan menggunakan kedua belah tapak tangan . slow-slow lah weh . jangan kuat-kuat sangat . ulang banyak-banyak kali sampai korang rasa kebas sikit . pipi korang akan rasa nipis dan tak terlalu tembam :D
OKAY . aku rasa itu je tips yang aku nak bagi . so , selamat mempraktikkannya . aku juga perlu guna pakai gak ni . thanks sebab baca entry yang tak berapa nak senonoh ni . tapi untuk kebaikan bersama jugak kan? :)

nak guna tips SI PENYU ni pun boleh ! :P

Friday, April 01, 2011

layakkah kau jadi SAHABAT yang baik ?

Hey Ho Hai :)

Apa itu sahabat ? kalau zaman sekolah tu memang ada ah sahabat atau kawan baik kan ? senang je awak cakap awak ada sahabat baik . best friend forever lah konon! BFF kalau gaya america nye . tapi awak tahu apa itu sahabat ? tahu macam mana nak hargai sahabat awak ?

SAHABAT :
  • merupakan seorang yang boleh MENJAGA KEAIBAN dan MENYIMPAN RAHSIA . *kalau kau dah cerita macam-macam pasal kawan kau tuh dekat orang lain , berhenti mengaku yang dia tu sahabat kau!
  • meredakan KESEDIHAN dan menghilangkan KEBIMBANGAN. sama dengan konsep u jump i jump , u cry i cry . takpayah nak cakap "everythings will be alright" kalau kau tawu its not going to be !
  • korang sebenarnya tak perlu ada MINAT dan PANDANGAN yang sama . tapi ini bukan bermakna korang boleh hentam sahabat korang sesuka hati kalau kedua aspek tu tak menepati apa yang korang rasa . contoh : aku tau kau tak boleh , try benda lain lah! *dengan tujuan untuk memberi pendapat* sejauh mana kau tawu kemampuan sahabat kau ? berapa lama kau kenal sahabat kau sedangkan mak bapak dia pun tak hentam dia lebih-lebih
  • SAHABAT sepatutnya memberi dorongan untuk sama-sama berjaya . Don't judge your friends ! tak kisahlah kalau dia mempunya minat yang berlainan . jangan rasa minat kau tu bagus sangat lah . kau tak ada hak pun nak judge minat , dia punya kemampuan dalam sesuatu perkara . malah , kau perlu NASIHAT . bukan MENGHENTAM !
  • BANGGA dengan kejayaan SAHABAT sendiri . contoh : sahabat kau dapat 9A SPM , kau dapat 5A+ . terus kau badmood dengan dia sebab dia lebih dari kau . WTH!? kenapa perlu ada sikap jealous ? contoh : alaa wlupun aku dapat 5a , kau dpat 9a , aku semua a+ , kau? tade a+ langsung pun . fine fine =='

kalau awak tak ada satu pun ciri-ciri sahabat yang aku cakap kat atas tu , takpayah mengaku la awak tu sahabat . mungkin hanya boleh dikategorikan sebagai kawan ? kawan tu apa pulak ? kenapa tak boleh jadi macam sahabat ?

KAWAN :
  • seorang yang boleh BERKONGSI macam-macam spt minat , hobi , lagu kegemaran , makanan kegemaran atau bahas pendapat . kau selalu ada masa untuk bersama dengannya , bergembira dan bersoronok . kawan pun boleh nak kongsi duka , tapi , dia tak akan pergi jauh , tak akan selami dalam tentang sesuatu perkara .

CLEAR ? korang patut baca apa ABG PENYU hensem ni cakap pasal sahabat / kawan baik dekat ENTRY COMEL DOODLE beliau . korang perlu kaji balik , layak ke tidak kau jadi sahabat yang baik .

p/s : entry ini dibuat dengan penuh rasa kekesalan =='