Sunday, April 10, 2011

Dah 3 bulan , tapi kenapa haid tak datang-datang jugak ?

Hey Ho Hai :)

hai girls . i got something to share to you alls . yang jejaka-jejaka , emmm , perlu gak tau kot ? yelah , pengetahuan sejagat , nanti korang kahwin , perlu gak tawu pasal bini korang betul tak? :D tapi entry ni khusus untuk girls je lah .


girls , korang pernah tak 2 3 bulan tak datang haid ? aku , tak pernah . alhamdulillah , kitaran atau pusingan haid aku konsisten dan teratur setiap bulan . itu bermakna aku ni subur lah . hahaha . eh aku bukan pandai-pandai cakap aku subur . tapi aku pernah terbaca , kedatangan haid yang teratur melambangkan kewanitaan dan kesuburan . ehem ehem . lama haid yang normal adalah 7 hari 7 malam . Jika lebih dari 15 hari , maka itu bukan darah haid lagi tapi darah penyakit . better pergi jumpa doktor . korang pun rajin-rajin lah kira . jangan pulak bulan puasa je kira hari datang haid , itupun semata-mata sebab nak ganti .

okay . untuk yang belum kahwin tu , kalau korang tak datang haid , jangan ah korang gabra pulak "aku mengandung aku mengandung" . HAHA sejak bila pulak korang bersetubuh kan ? bagi yang normal , tak semestinya korang tak datang haid , korang mengandung . ada banyak sebab kenapa haid korang datang lambat . kat bawah ni aku sertakan beberapa sebab kenapa haid datang lambat .

1. TEKANAN
  • tekanan dari bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon then haid kita . bila kita dalam keadaan tertekan , badan kita akan keluarkan hormon stress yang akan memberhentikan haid kita . so girls , jangan terlalu tertekan fikirkan ex boyfriend kau yang dah ada girlfriend lain tu ye :P
2. GEMUK
  • awww i terasa you alllsss . HAHA . walaupun i gemok tapi kitaran haid i tak pernah terganggu okay ! :P *serious* berlebihan lemak dalam badan akan menyebabkan berlebihan hormon estrogen(kena tanya cikgu sains) yang akan menggangu kitaran haid seterusnya melambatkan kedatangan haid . so bagi korang yang alami masalah ni ,DR ATEN nasihatkan supaya korang kurangkan berat badan korang sebanyak 10% ye! :)
3. TERLALU KURUS
  • alamakk , gemuk salah , kurus pun salah ! :p okay , kekurangan lemak dalam badan juga boleh mempengaruhi haid korang . benda ni selalu jadi dekat orang yang selalu / terlalu bersenam seperti atlet-atlet . seeloknya , dapatkan berat badan yang ideal . macam mana? buatlah kira-kira yang macam korang buat time sekolah menengah dulu time pendidikan jasmani :P . serious , aku bukan tergolong dalam golongan ideal . HAHA !
4. PENGAMBILAN UBAT
  • mungkin baru-baru ni korang ada ambil jamu untuk cantik ke atau buat perubatan tradisional ke atau yang gemuk-gemuk tu ambil pil intensif untuk kuruskan badan . haaa faktor ni menyebabkan haid korang datang lambat :)
5. MASALAH KESIHATAN
  • sakit secara tiba-tiba seperti demam panas atau menjalani pembedahan atau sakit yang memerlukan rawatan secara intensif boleh memberi tekanan kepada fizikal kita then menyebabkan lambat datang haid .

okay , itu je lah serba sedikit pasal lambat datang haid . bagi korang yang alami benda ni , korang tak payah terlalu risauu . kalau berpanjangan , jumpa je doktor . jangan jumpa DR ATEN . aku tak tau apa-apa :P

entry ini sangat open . try to think positive . this is for our own good . sharing is caring kan? :P

23 comments:

  1. gunakan blog sbg penyampai maklumat is good job.. :)

    ReplyDelete
  2. like like.. sharing is caring.. =)

    ReplyDelete
  3. sampai sekrang saya masih tidak didatangi benda nih. nrmalkah saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Normal sbb awak lki klo sajat tanya mgkn x normal tapi knp awk laki berada di sini boleh tahu?

      Delete
  4. @Muhd Fadil

    Ceitt, adakah muhd fadil seorang perempuan? :p

    ReplyDelete
  5. bagus entri ni ..at least , nely tahu kenapa .hehee ..

    follo here ^^

    ReplyDelete
  6. menarik! nak copy leh x. nak share..

    ReplyDelete
  7. @Cik Shiqa

    boleh dear . jangan lupa credit tau :P haha

    ReplyDelete
  8. Salam hai cute..tersinggah blog nie..bagus sangat en3 nie..bleh akak copy ?? share k..

    ReplyDelete
  9. erkk??? gua gemuk sangat ke? adoii..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.. Akak? Bleh tnye ckit tak? Skunk nie cye dah ting. 2 tp tak dtg bulan lg.. Knape ye?

    ReplyDelete
  11. asssalamuaikum..kak nk tnye ckt..sye dh dkt 7 bn xdtg period..ada x cara nak lancarkan period..tkt pon ada..

    ReplyDelete
  12. Slm. Miera bru berumur 16 taun, kali terakhir miera dtg bulan dlm sekitar buln 3, leps tuh smpai skrg period tk dtg. Ada cdngn apa yg ptt miera buat utk melancarkan kembali kitaran haid nie? Hope akak dpt membantu :)

    ReplyDelete
  13. salam singgah.

    klau period takda utk jangka masa yg lama, nak elok, better g check doc. utk kepastian gak. sbb menda dalaman ni kita tak tau sgt ;)

    ReplyDelete
  14. ello girls..sy dlu ambl pil kurus..dh stopsbb dh kurus..haha..tp haid xmai 2bln dh..cm mn nk bg die mai..come tu mama..joking..hehe

    ReplyDelete
  15. Sy dh 3 bulan x dtg juga. .Dh check pregnancy test tp negative juga.. Berat badan sedang2 jer x terlalu kurus ataupun gemuk. .Jd risau pulak

    ReplyDelete
  16. Sy dh berkahwin dh ada anak tingkat 1 tp sy dh 2 bln x dtg haid ...sy cek test pregnant tp x hamil ..cmne ye...

    ReplyDelete
  17. Saya dgn kwn dtg haid 2bln sekali adkh normal bgi atlet school

    ReplyDelete

Saye Nak Choki-Choki Boleh? ... ♥