seperti yang anda tahu , sekarang saya sedang menikmati cuti semester yang mengambil masa selama 1 bulan 2 minggu . kira-kira seminggu sudah berlalu . okayy terasa sangatlah lama -.- tapi nanti bila dah nak habis cuti baru tergedik-gedik kata "alaaa nak cuti lagi nak cuti lagi . tak puas laaa duk umahh" *okay itu sangat gedik :D* dan selama seminggu ini juga lah , kitaran masa tidur saya telah berubah . sama juga masa break yang ada time final dulu , 2 minggu break sebelum exam seterusnya , saya menghabiskan masa siang dengan tido , malam dengan bermain game chuzzle bersama rakan serumah . -okay kejap , kenapa aku guna bahasa baku?- okay abaikan .
sekarang , setiap hari saya akan tidur pada pukul 7 pagi atau 8 pagi atau 9 pagi dan akan bangun dikala matahari sudah berada tegak atas kepala , dikala bahang kepanasan mengalahkan dua kipas yang berpusing , kadang-kadang , matahari sudah tidak kelihatan lagi di langit *bhahah jarang sekali terjadi okay* , dikala kain yang dijemur oleh mama pagi tadi telah kering dan hanya menunggu masa untuk saya angkat serta melipatnya . maka setiap kali bangun tidur , saya selalu pening-pening kepala kerana tidur macam orang gila . saya selalu memasang azam untuk tidur awal keesokan harinya tetapi azam saya tidak pernah tertunai . saya tetap mengulangi
seorang kawan saya ada bercerita , semasa dia tinggal di kawasan perumahan saya , dia sering diganggu oleh makhluk ghaib , err h-a-n-t-u lah senang celite . sepatutnya saya tidak menulis apa-apa tentang perkara ini kerana orang cakap , kalau kita mengingati tentang h-a-n-t-u , nanti dia benar-benar muncul di hadapan kita . *izinkan saya ketawa seketika* pernahkah anda merasai perasaan yang sama seperti saya ? di tengah-tengah malam yang sunyi , dikala dengkuran mama dan abah saling berlawan sehingga boleh didengari sehingga ke luar rumah , anda kesunyian dan memikirkan kenapa anda masih tidak mempunyai teman lelaki *er abaikan- dan dengan tiba-tiba , telefon bimbit anda berbunyi . dalam hati berkata , ehh maybe scandal I call tuuu . anda pun terus angkat call tersebut tanpa melihat siapa . (yela , You sorang je yang selalu call I malam-malam macamni. I know it's You ! hihihi)
lelaki : aku dah suruh abang masukkan ayam dalam peti sejuk
aku : *terdiamm* hah?
lelaki : esok datang rumah terus ambik je ayam tu terus masak . puan ada tetamu . masak la ape yang kamu rasa sesuai untuk makan tengahari .
aku : *diam je , niat hati nak melayan, lalu aku pun* okayy okayy
lelaki : aku rasa kamu buat masak lemak lah
aku : hah okay okay
lelaki : kalau masak lemak kena letak ape lagi ? aku rasa aku belum beli bahan-bahan lagi . nanti susah pula kamu nak masak
aku : arr yang pastinya letak ayam . *aku tak tahan nak gelak time ni*
lelaki : loya buruk pula kamu . perlu letak santan kan ? bawang , serai
aku : *senyapp*
lelaki : perlu letak serai jugak kan , asam keping juga kan ?
aku : *senyappppp*
lelaki : kenapa kamu senyap ? erm kamu ni betul ke kartini ?
aku : maaf pakcik , pakcik salah number la .
lalu lelaki itu terus letak phone . agak-agaknye ape laa yang pakcik tu fikir kan ? bhahahahah !
hahaha,,,sejak bila aten jadi jebeng nih,haha
ReplyDeletehahahaha . ampun pak ! :P
ReplyDeleteuntongla template baru. doremong gitu.
ReplyDeletehahahaha aten sengal...mlm2 brcinta ngn pakcik mane...tp sembang pasal ayam masak lemak...hahahaha
ReplyDeleteAbg Fadil : comel kan doremongg :D
ReplyDeleteKak Al : ahahahah . nak wat cane , itu je yg termampu :P