Monday, April 16, 2012

Andai Lelaki Tahu



Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya.. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya

Thursday, April 12, 2012

Mandi Wajib yang SAH :)

Assalamualaikum :)
Hey Ho Hai readerssssss :D

Amboi lamanya aku menyepi , sampaikan ada yang cakap , aku dah lupa password blogger.com ke ? HAHA aku malas nak update . Dan ketahuilah bahawa , aku sedang menikmati cuti yang UITM bagi selama 2 bulan , yeayyy 2 bulan ! yeeee 2 BULAN ! okay enuff -.- annoyin pulak guwa rasa .

Baiklah untuk permulaan cuti semester ni , aku nak cakap pasal Mandi Wajib , yang betul , yang sah ! Mandi Wajib , perkataan yang nampak mudah , mudah di sebut tapi yang mudah itulah yang selalu diambil mudah oleh orang-orang yang selalu meringankan semua perkara . Maksud sayaaa , mudah disebut tapi jangan terkejut jika banyak umat Islam yang tidak sah mandi wajibnya sebab tak buat dengan betul . Bila mandi wajib tak sah , ibadah lain bagaimana pula ? Okay :)



Jom kita tengok Rukun Mandi Wajib pulak . Rukun mandi ada 3 :

  • Niat
Yang umum ialah : "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala"
Bagi perempuan yang habis haid : "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala"

Baik , niat di dalam hati , disertakan ketika air sampai dekat mana-mana anggota badan . Okay kat sini ada 2 keadaan .
  1. Jika niat dilambatkan atau air dah kena anggota badan sebelum niat , maka mandi wajibnya tidak sah .
  2. Jika niat sebelum air sampai ke anggota , maka mandi wajibnya tidak sah .
Nampak remeh bukan ?
  • Menghilangkan najis
Yang ni simple . Semua orang tau najis tu apa kan ? Baik, jika kita ada najis di badan , najis itu boleh dihilangkan sekali semasa mandi wajib . Sebagai contoh , air kencing . Boleh dibasuh serentak .

  • Ratakan air ke seluruh badan
Yang ini , nampak mudah , tetapi rumit juga sebenarnya bagi sesetengah pihak . Kenapa aku cakap macam tu ? Baik , kita tengok situasi . Meratakan air ke seluruh badan yang zahir bermaksud , air perlu melalui semua anggota badan , iaitu meliputi kulit , rambut dan bulu yang ada pada badan . Anggota badan yang lain rasanya dah jelas kan ?
  1. Kuku
- Jika dalam kuku ada kotoran , wajiblah dibuang supaya ia tidak menghalang air sampai ke dalam atau ke bahagian bawah kuku . Jelas ?

2. Rambut

- Rambut yang disanggul atau ditocang , wajib dibuka sekiranya air tak sampai ke dalamnya .

- Rambut yang diwarnakan selain daripada inai , maka mandi wajibnya tidak sah . Sekiranya seseorang mewarnakan rambut selain daripada inai , maka dia mesti membuang pewarna tersebut sebelum mandi wajib . Baik , kat sini yang susah . Nak buang pewarna tu macam mana pulak ? Padahal nak buang pewarna tu sikit punya susah -.- Nak kena potong botak kah ? :)

Okay , pewarna rambut sebenarnya menyalut rambut kita . Berbeza dengan inai yang meresap ke dalam rambut . Mandi wajib tidak sah kerana pewarna rambut tadi yang menghalang air sampai kat rambut kita .

Tapi dalam hal ni , jangan pula ada yang salah faham ye . Sebenarnya pewarna tu kalau ada sijil halal oleh JAKIM dan kalau tak bernajis , bukanlah bermaksud mandi wajib tu tak sah . Dalam hal ni , kita kena tengok pulak , solat dengan mandi wajib itu berbeza . Jadi haruslah dilihat dari pandangan yang berbeza .

Okayy , itu sahaja tentang Mandi Wajib . Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah , yang buruk itu datang dari aku sendiri . Aku cuma nak kongsi sedikit ilmu yang ada . Semoga boleh dimanfaatkan dan boleh buat muhasabah diri . Mungkin ada sedikit kelalaian dalam diri , termasuk aku sendiri .



p/s : teringin nak bath tub gini lah pulak :P

Sunday, November 06, 2011

perginya seorang nenek ;'(

Assalamualaikum :)

Al Fatihah untuk arwah nenek tercinta , Allahyarhamah Hajjah Rakna bt Ismail telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa , 1 November 2011 . walaupun aku tak selalu balik Terengganu , setahun 2 kali je balik Terengganu beraya dengan arwah , tapi , aku sangat terasa kehilangan atok tercinta . aku tak sangka , begitu cepat arwah pergi . 2 minggu sebelum tu sepupu aku meninggal , arwah seperti tak bermaya . mungkin terasa akan kehilangan cucu . arwah seorang nenek yang sangat tabah . aku tak sempat jumpa arwah datuk dari kecik . arwah datuk meninggal sebelum aku dilahirkan lagi . tapi arwah nenek sangat kuat untuk membesarkan anak-anak dia .

macam-macam benda pelik jadi sebelum arwah tenat . arwah dah tak ingat macam mana nak solat . taktau nak baca apa . arwah nak solat dalam bilik air . bila makcik tegur , arwah marah . sampai pakcik kena bawak arwah duduk kat tempat nak solat tu , ambik wudhuk dekat situ , baru lah arwah ingat macam mana cara nak solat .

aku kagum dengan arwah nenek . masa arwah tenat , arwah ingat semua cucu-cucu dia . pakcik aku cerita , petang Isnin , 31 Oktober , arwah sempat sebut nama aku , nama abang-abang aku , nama sepupu aku . katanya , Fatin , Ali tak balik ke? sebak . sebak bila aku sampai Terengganu malam Isnin tu , atok dah tak boleh berkata-kata . Allah dah tarik satu nikmat yang Dia bagi dekat arwah . atok , Fatin balik ni atok . aku duduk tepi arwah , pegang tangannya , pegang kaki dia , aku urut arwah . Ya Allah , tak sanggup aku tengok arwah tercungap-cungap seperti sesak nafas . air mata mengalir .

malam Isnin tu , doktor kata , takde pape sebab nadi semua berdenyut dengan baik . tapi doktor kata , bawak lah pegi hospital , boleh jugak masuk air untuk bagi arwah tenaga . malam tu , kami bawak arwah pegi hospital jam 12 macam tu . jam 5 pagi baru boleh masuk wad . sebelum balik , aku masuk wad tengok arwah . sebak . darah penuh atas cadar . sebabnya , masa doktor ambik darah , darah banyak memancut keluar . doktor ambik darah kat leher , sebab kat tangan dah tak boleh ambik darah dah . hmmm sakitnya hati aku bila cadar yang penuh dengan darah tu , nurse langsung tak ambik peduli . tak salin langsung cadar tu . nurse , kalau taknak buat , bagi aku je buat , aku tak sanggup tengok atok macam ni . tapi itu semua aku kata dalam hati .

kami pun balik rumah , pakcik yang jaga arwah malam tu . esok paginya , pukul 9 macam tu , kami siap-siap nak pergi tengok arwah dekat hospital . tapi panggilan yang kami dapat dari makcik , buat aku terpinga . makcik cakap : datanglah hospital cepat , atok takde dah . luluh rasa hati . diam seribu kata dalam kereta . airmata je berlinang . sampai hospital terus berlari ke wad . atok dah takde :'(

arwah , berhasrat nak korban hari ni , 6 november hari raya aidiladha . arwah , teringin nak jumpa cucu dia yang dah 6/7 tahun tak berjumpa . tapi semua tu , tak berkesempatan . Allah lebih sayangkan dia . kami redha pemergian atok . walaupun tak puas lagi untuk aku bermanja dengan arwah . tak puas lagi untuk aku menagih kasih seorang nenek .

aku rindukan arwah . rindu , setiap kali kami sampai je terengganu , arwah lah yang paling kalut sekali . nak buat air , nak buat itu , nak buat ini , riuh satu rumah dengar suara arwah walaupun time tu dah pukul 3 4 pagi sekalipun , arwah tetap nak bagi keselesaan dekat anak , cucu dia . tapi setiap kali kami nak balik perak , arwah mesti cakap : sunyilah rumah atok , Fatin Ali nak balik dahh . sedih jugak dengar tapi kami cakap , alaa atok , nanti kami balik lagi :) .

atok , kami balik terengganu nak jumpa atok . tapi lepas ni macam mana ? atok dah takde nak sambut kami dengan keriuhan atok . kami dah tak dapat nak rasa kuah singgang atok yang superb tu . kami dah tak dapat rasa tapai atok yang sangat sedap tu . atok dah takde nak bubuh inai kat jari kami . atok dah takde nak masakkan ayam kampung untuk kami . atok dah takde nak buat kopi untuk kami setibanya kami ke kampung . atok dah takde nak hamparkan tilam untuk kami tidur . atok dah takde untuk cakap : besar dah Fatin ni . atok dah takde nak buat semua tu :( tapi Fatin tau , atok tengok Fatin sekarang kan ? kami sayangkan atok .



Al Fatihah

Monday, October 31, 2011

Wednesday, October 19, 2011

Jangan buat saya jatuh hati

Assalamualaikum . Hey Ho hai ;)


alahai baru balik dari Terengganu . penat gila . tak pernah seumur hidup , hari ni balik Terengganu , esoknya balik Penang pulak . kerja gila ? eh takdelah , kami boleh je buat . 9 jam -.- pening kepala semua ada . lagi-lagi bila balik ikut Cameron Highlands . first and last lah balik ikut situ . jalan dia scary gila -.- kabus tebal tak nampak jalan . ya Allah macam-macam aku fikir . huhu -.- alhamdulillah selamat sampai :) oh hari ni , errr pasal cinta lagi ? -.-


wanita punya satu cinta
janganlah kamu mensia-siakannya
janganlah kamu sakitkan hati wanita
kerana wanita itu lemah, berbanding kamu
jangan biarkan wanita mengalirkan airmata kerana kamu
kerana wanita ada satu cinta


namun ia tidak bermakna wanita harus kalah pada perasaan :)












SUMBER ASAL

Monday, October 17, 2011

Are You In Love ?

Assalamualaikum . Hey Ho Hai :)

macam mana nak mula ye ? well , aku gerenti lah semua orang pernah fall in love kan ? *jadah ape speaking sekerat2 -.-* bahasa melayu nye , jatuh cinta . auww sweet sangat la pulak bunyi nya . hahahaha okay takde orang gelak . dem dem -.-



pernah tak korang rasa TERjatuh hati kat someone yang selama ni korang just anggap dia macam kawan ? sebab korang selesa dengan dia . even kalau korang jatuh tersepak batu pun first thing yang korang fikir , nak kena bagitau dekat abu ni aku jatuh -.- . semua benda yang korang buat semua bagitau kat dia walaupun dia tu takde kena mengena ngan korang , bukan bf / gf korang . kawan je pun . kawan rapat maybe ? tapi dekat kawan rapat yang sama jantina dengan korang pun korang tak cerita pulak semua jadah ni . blablabla -.-

maybe korang rasa benda tu normal . but actually , he is part of your life indeed .

" Boys, if you like her, if she makes you happy, and if you feel like you know her, dont let her go " ~Nicholas Sparks


situasi 1
  • korang kenal two persons at the same time . memule korang memang fikir nak kawan je lah kan , let say korang baru lagi dekat tempat tu tak kisah la tempat keje or tempat belajar . A and B buat korang happy . tapi si B lebih banyak buat korang ketawa terbahak-bahak . bile korang dengan si A , even though si A buat korang ketawa jugak tapi jauh dalam lubuk hati , korang harap kan bagus kalau si A ni macam si B ? yes at this moment , sedarlah bahawa hati korang dah terpikat dekat si B :)
situasi 2
  • that someone nak pegi holiday dengan family dia . korang ni jenis , errr caring maybe ? nak tahu lah dia dah sampai ke belum , dah ade kat mana , seronok ke dia travel ? that someone tu pulak dah cakap yang dia akan call / text korang kalau dia dah sampai but tup tup , one single message bagitau dah sampai pun takde . tapi yang korang ni dah desperate gilaaa kot tunggu call dari dia . phone tak lepas dari tangan , masuk toilet pun bawak phone hoping for his call . yes at this moment , sedarlah bahawa hati korang dah suka dekat someone yang korang kata "kawan" ni :)
situasi 3
  • korang selalu message dia . tapi lately , message pun dah jarang-jarang . call pun kadang-kadang . and for sure lah korang tertunggu-tunggu lah message si dia ni . suddenly bila phone korang bunyi je "alamakk ade message pulakk" , 1 new message , berdebar-debar lah nak tengok dengan harapan nama dia tertera dekat situ but actually , jiran sebelah rumah yang message ajak keluar and korang terus "hmmmmm" . yes at this moment , sedarlah bahawa korang dah tersuka dekat dia :)
situasi 4
  • korang kan selalu message dia dulu , and for sure lah message dia belambak-lambak dalam phone korang . sekarang ? message pun dah jarang . so korang sayang gilaa kot nak erase semua message yang dia hantar tu so that korang boleh baca balik bila korang rasa rindu ke, bosan ke kan . korang nak delete , tapi korang tak tawu kenape jari korang tak boleh nak mark all then delete semua message dia , sayang . hihi yes you are in love :)
situasi 5
  • korang selalu cakap , dia tu kawan je . kawan kawan kawan je . but you can't avoid that "hurt feelings" bile korang tawu die dengan orang lain . korang boleh cakap kite kawan je tapi dalam hati tu cemburu nak gile bole tak . tak sanggup ah tengok die dengan orang lain . haaa you are in love :)
situasi 6
  • while you reading this post , there's someone in your mind . well , you are in love with that someone :P HAHA!


"they say that if you love someone , you should let them go , did they say what to do when they don’t come back ?" well , if they don't come back , its means that we deserve better . but if you love them , why should you let them go ? tell them and hold them in your arms forever .

Friday, October 14, 2011

Tido lewat malam lagi ):

Assalamualaikum . Hey Ho Hai ;)

seperti yang anda tahu , sekarang saya sedang menikmati cuti semester yang mengambil masa selama 1 bulan 2 minggu . kira-kira seminggu sudah berlalu . okayy terasa sangatlah lama -.- tapi nanti bila dah nak habis cuti baru tergedik-gedik kata "alaaa nak cuti lagi nak cuti lagi . tak puas laaa duk umahh" *okay itu sangat gedik :D* dan selama seminggu ini juga lah , kitaran masa tidur saya telah berubah . sama juga masa break yang ada time final dulu , 2 minggu break sebelum exam seterusnya , saya menghabiskan masa siang dengan tido , malam dengan bermain game chuzzle bersama rakan serumah . -okay kejap , kenapa aku guna bahasa baku?- okay abaikan .


sekarang , setiap hari saya akan tidur pada pukul 7 pagi atau 8 pagi atau 9 pagi dan akan bangun dikala matahari sudah berada tegak atas kepala , dikala bahang kepanasan mengalahkan dua kipas yang berpusing , kadang-kadang , matahari sudah tidak kelihatan lagi di langit *bhahah jarang sekali terjadi okay* , dikala kain yang dijemur oleh mama pagi tadi telah kering dan hanya menunggu masa untuk saya angkat serta melipatnya . maka setiap kali bangun tidur , saya selalu pening-pening kepala kerana tidur macam orang gila . saya selalu memasang azam untuk tidur awal keesokan harinya tetapi azam saya tidak pernah tertunai . saya tetap mengulangi ruotnie ruotine err macam mana nak eja ni? erm bahasa melayu , rutin harian saya sehinggalah jerawat-jewarat <-typo plak* yang besar-besar tiba-tiba tumbuh dengan tidak semena-mena di muka saya yang comel ini -haa nampak tak kata ganda? hihi-

seorang kawan saya ada bercerita , semasa dia tinggal di kawasan perumahan saya , dia sering diganggu oleh makhluk ghaib , err h-a-n-t-u lah senang celite . sepatutnya saya tidak menulis apa-apa tentang perkara ini kerana orang cakap , kalau kita mengingati tentang h-a-n-t-u , nanti dia benar-benar muncul di hadapan kita . *izinkan saya ketawa seketika* pernahkah anda merasai perasaan yang sama seperti saya ? di tengah-tengah malam yang sunyi , dikala dengkuran mama dan abah saling berlawan sehingga boleh didengari sehingga ke luar rumah , anda kesunyian dan memikirkan kenapa anda masih tidak mempunyai teman lelaki *er abaikan- dan dengan tiba-tiba , telefon bimbit anda berbunyi . dalam hati berkata , ehh maybe scandal I call tuuu . anda pun terus angkat call tersebut tanpa melihat siapa . (yela , You sorang je yang selalu call I malam-malam macamni. I know it's You ! hihihi)


lelaki : aku dah suruh abang masukkan ayam dalam peti sejuk
aku : *terdiamm* hah?
lelaki : esok datang rumah terus ambik je ayam tu terus masak . puan ada tetamu . masak la ape yang kamu rasa sesuai untuk makan tengahari .
aku : *diam je , niat hati nak melayan, lalu aku pun* okayy okayy
lelaki : aku rasa kamu buat masak lemak lah
aku : hah okay okay
lelaki : kalau masak lemak kena letak ape lagi ? aku rasa aku belum beli bahan-bahan lagi . nanti susah pula kamu nak masak
aku : arr yang pastinya letak ayam . *aku tak tahan nak gelak time ni*
lelaki : loya buruk pula kamu . perlu letak santan kan ? bawang , serai
aku : *senyapp*
lelaki : perlu letak serai jugak kan , asam keping juga kan ?
aku : *senyappppp*
lelaki : kenapa kamu senyap ? erm kamu ni betul ke kartini ?
aku : maaf pakcik , pakcik salah number la .

lalu lelaki itu terus letak phone . agak-agaknye ape laa yang pakcik tu fikir kan ? bhahahahah !

Tuesday, September 13, 2011

awak , boleh saya bertanya ?

Kini aku selalu minta untuk punya hati yang seperti dahulu : hati yang keras seperti batu . hati yang tidak punya apa-apa perasaan . hati yang buta untuk menilai kasih sayang . bukan hasratku untuk bermain kata puisi apatah lagi bermain kata cinta . tetapi aku rindu kasih yang pernah bersemadi di dalam hati aku . hati aku yang duka pilu ini sering mengenang nostalgia lama walaupun hanya seketika terbenam di dalam benaknya . aku tidak bohong , kamu perlu tahu tentang hibanya hati aku kini . jujur aku rindu kamu . tiada apa yang dapat menyangkal perasaanku .




awak , boleh saya bertanya ?
Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum ? Tiadakah sekelumit rasa sayang kamu terhadap aku yang dahulunya sering kau ungkapkan ? Apakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku ? Tidak pernah terlintas sedikit pun ? Apakah kamu tidak pernah tersebut nama ku , terbayang akan senyuman yang selalu aku beri kepadamu , terasa kasih sayang yang berada di jalan hari-harimu ? Tiadakah rasa bersalah kamu terhadap aku setelah kamu taburkan segala janji dan kata-kata manismu ? Adakah ini sebenarnya cara seorang lelaki ?

awak , saya ingin bertanya lagi ...
Adakah kamu gembira sekarang ? Bahagiakah kamu ? Tawakah kamu di dunia tanpa aku yang selalu disisimu dahulu ? Adakah kamu telah jumpa selaut bahagia yang kamu inginkan ? Sejuta impian yang kamu impikan ? Sejuta ketenangan yang kamu dambakan ? Tidak pernahkah kamu terfikir , apa yang aku rasakan ? Tidak pernahkah kamu terfikir tentang apa yang telah aku korbankan untuk kamu ?

awak , boleh saya bercerita ?
Sejujurnya , aku rindu kamu . aku selalu melihat kamu . terlintas di fikiranku , alangkah bahagianya andai aku dapat mengundurkan masa . aku rindukan kita yang dulu . kita yang bahagia . ada tikanya kamu berlalu melintasiku , aku terhidu bauan minyak wangimu yang sering kamu pakai , aku berhenti lama sambil menghidu bau itu di bawa angin . rindu sungguh aku padamu . rindu sungguh .

awak , saya ingin bercerita lagi ...
Aku ingin sentiasa berada dengan kamu , di kala tawamu , di kala rintihmu . walaupun aku tahu , kamu mungkin bukan milikku . aku selalu teringatkan kamu , kata-kata mu , semuanya .. tentang kamu . pergilah , dan jangan toleh lagi . aku rela walaupun aku luka di sini .